Saturday, December 5, 2009

Antara 2 Umar...Siapakah Mereka?????

BELAJAR DARI DUA UMAR

Siapakah dia Umar Al-Khattab dan juga Umar Abdul Aziz?Sebenarnya dua tokoh Islam ini mempunyai perkaitan dalam hubungan persaudaraan.Kita bercakap mengenai keturunan.Ada riwayat mengenai Umar Al-Khattab sewaktu pemerintahannya ,dia pernah berjalan malam untuk memerhatikan keperluan rakyatnya.Ada suatu kisah di mana Umar terdengar seorang anak berselisih pendapat dengan ibunya yang mahu mereka mencampurkan air ke dalam susu.Ibunya cuba mempertahankan perbuatannya dengan meyakinkan anaknya bahawa Umar tidak akan dapat melihat mereka di penghujung malam.Namun,anaknya tetap dengan pendiriannya dengan menegaskan ,sekalipun Umar tidak melihat perbuatan mereka itu,tetapi Tuhan Umar melihat apa yang mereka kerjakan.


Umar tertarik kepada kata-kata anak itu.Sekalipun dia tidak melihatnya,apa lagi mengenalinya,namun Umar yakin anak itu memiliki peribadi yang mulia.Umar mencadangkan kepada anaknya ‘Ashim yang belum berkahwin supaya mengahwini gadis itu yang bernama Ummu Ammarah kerana yakin daripadanya akan lahir keturunan yang soleh.hasil daripada perkahwinan mereka inilah lahirnya Ummu ‘Ashim yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan,daripada perkahwinan mereka inilah ,lahirnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz.Jadi,Umar bin Abdul Aziz adalah cicit kepada Umar Al-Khattab.


Saidina Umar Abdul Aziz merupakan seorang yang sederhana.Sewaktu dia dilantik menjadi Khalifah,ada yang menyerahkan kenderaan rasmi kepadanya dengan berkata.”Inilah kebderaan rasmi tuan.”Umar Abdul Aziz berkata,”Jauhkan kenderaan ini daripadaku,”Dia sebaliknya berjalan menuju ke arah keldainya.


Kita melihat pula kepada Saidina Umar Al-Khattab.Dia pernah pada suatu ketika diberikan makanan yang sedap daripada gabenor Azerbaijan.Gabenor Azerbaijan ini pernah memakan sejenis makanan yang dinamakan sebagai habish.Kerana lazatnya makanan ini,dia terfikir untuk mengutuskannya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.Ketika Umar merasa makanan itu,dia bertanya kepada utusan Gabenor Azerbaijan,”Adakah makanan ini dimakan oleh penduduk Azerbaijan?”Utusan itu mengatakan.”Ini adalah makanan orang-orang atasan.”Khalifah Umar Al-Khattab memulangkan kembali makanan itu kepada Gabenor berkenaan serta menyampaikan pesanan kepadanya,”Makanan yang selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu.Kenyangkan perut rakyatmu sebelum engkau mengenyangkan perutmu.”Umar Al-Khattab berkata,”Kalau orang itu kenyang ,akulah orang terakhir yang akan kenyang.Kalau orang itu kelaparan,akulah orang pertama yang merasai kelaparan itu.”


Dua orang ini merupakan tokoh yang patut kita contohi.Ciri-ciri kepimpinan yang patut kita ambil sebagai contoh.Pemimpin seperti inilah yang kita mahukan dalam masyarakat kita sekarang.

Ana tergerak hati untuk berkongsi maklumat tentang dua Umar yang berwibawa ini setelah membaca sebuah buku yang berjudul “BELAJAR DARI DUA UMAR” karya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Lantaran itu kepada sesiapa yang masih belum membacanya,ana mengesyorkan kepada anda semua untuk memilikinya.Namun,bukan sekadar menjadi pemilik buku tersebut,tetapi membaca dan menghayatinya serta mengamalkankannya dalam kehidupan seharian.


Bagaimanakah kita ingin melihat rakyat sesebuah kerajaan itu maju?sudah tentulah kita melihat kepada pucuk pimpinan tertinggi di atasnya.Jika pemimpin itu beriman, maka rakyatnya akan menjadi baik juga.Namun jika pemimipin itu jahil tentang agama,maka rakyat acuannya pasti tidak mengamalkan agama.Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang sentiasa mendapatkan pandangan ulama’ dalam setiap tindakan dan keputusan yang ingin di buat dalam kerajaannya agar keredhaan Allah sentiasa mengiringinya.Jadi sama-samalah kita renungi bagaimana untuk menjadi pemimpin atau khalifah yang dikehendaki oleh Allah.Semoga setiap tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dapat dilaksanakan dengan amanah dan sebaiknya.Ini kerana diakhirat kelak Allah akan bertanya kembali kepada kita adakah kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya atau sebaliknya.Sama-samalah kita renungkan sejenak untuk kebaikan yang berpanjangan.

1 comment:

~daLucky0ne~ said...

salam..saya link kn entry ni di blog saya...harap halalkn ye...mahu berkongsi dgn pembaca yg ingin tahu =)

salam mahabbah lillah ;)