Wednesday, December 2, 2009


Sajak ini,sahabat ana nukilkan khas untuk ana....

RINDU SA'ADAH

Kebahagiaan……

Biarlah ia sentiasa mengiriku

Di saat aku jatuh….

Di saat aku lemah….

Tak kan mudah ku mengalah

Pada dugaan di dunia…

Tak kan mudah ku rebah

Pada cabaran yang mengasak jiwa….

Kerana…..

Kekuatan adalah rinduku…

Keberanian adalah cintaku….

Kesungguhan adalah kasihku….

Hanya pada-Nya cinta

yang abadi….

Rinduku pada manusia tak se gah rinduku padaNya

Cintaku pada manusia tak se gah cintaku padaNya

Kasihku pada manusia tak se gah kasihku padaNya

Kerana….

Kebahagiaan hanyalah padaNya…

Biarlah rinduku bertebaran…

Mencari destinasi pasti…

Dalam rinduku terselit nama-Mu

Dalam cintaku tersimpan kasih-Mu

Dalam bahagiaku menggunung rahmat-Mu

Akan ku simpan kerinduan ini….

Menjadi mahar kebahagiaan

Hanyalah pada-Mu…….

“Seindah makna terselit namamu,secantik peribadi lukisan diri….”

Nukilan khas dari sahabat tersayang,Ain Najwa binti Mohd Latif……..

Buat Nor Sa’adah binti Mokter…….

No comments: