Monday, November 30, 2009

Guruku

Guruku,
Kau telah mendidikku,
Tanpa mengenal erti penat jemu,
kau bagai lilin yang sanggup membakar diri,
Demi kejayaan pelajarnya,

Guruku,
kau ibarat temanku,
Tempat luahan segala isi hatiku,
tempat untukku bertanya,
Walau menyusahkan dirimu,
Kau terima dengan hati yang ikhlas,
kau pendamkan kolam masalahmu,
semata-mata demi mendidikku,
Hingga menuju ke menara gading,

Guruku,
Jasamu tidak terhingga,
Setinggi awan di langit,
Tidak mampu untuk ku membalas jasamu,
Hanya ALLAH yang mampu membalasnya...

Hasil nukilan:Khadra' Fil Islam @ cahaya_kebahagiaan.....

Lirik lagu muhasabah cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff:

Luahan Hati Insan Bernama Sahabat...

Teman..
Maafkan diriku..
Andainya ku telah mengguris hatimu..
Tidak terniat pun diri ini untuk melukakan hatimu...
Cuma sekadar nasihat buat pedomanmu..
Andainya hati ini boleh berkata-kata...
Pasti akan terluah segala isi hati..
Namun,apakan daya..
Diriku hanya insan lemah..
Tidak mampu menjadi setabah Sumaiyah..

Teman,
tidakkah kau ingat,
Segala kanangan indah bersama,
Kita berjanji untuk setia bersama,
Namun dimanakah janji-janji itu,
Adakah sudah terkubur dalam sanubarimu,
Tidakkah kau ingat,
walau sekelumit,
Kenangan indah bersama....

Teman,
Aku hanya mampu berdoa,
Semoga persahabatan kita terjalin semula,
Disulami dengan lautan kejujuran,
Ukhuwah yang terbina,
Atas dasar cinta kepada Allah...

Teman,
Ku menanti...
Di sini..
Dengan seribu pengharapan,
Dan aku tetap menuggumu disini...
Walau selama mana..
Walau sejauh mana..
Walau setinggi mana..
Walau seluas lautan..
Kau tetap ku anggap sahabat..

Teman,
Kuntum bunga ditaman sungguh indah..
dirimu ibarat kuntuman tersebut..
Jangan biarkan dirimu mudah dipetik begitu sahaja..
Jadilah mawar berduri..
Punya benteng dan pelindung diri..
Agar dirimu tidak tersasar..
Ke lorong kebatilan..

Teman,
Hanya satu yang ku pinta..
Maafkan khilafku...
Moga ia kan terpadam...
Biar lenyap dari ingatanku..
Ku redha akan ketentuan taqdir Yang Maha Esa...

Khas untuk teman2 ku...
nukilan:khadra' fil Islam @ cahaya_kebahagiaan..

Saturday, November 28, 2009

SANAH HELWAH....saat KeLahiranKu.....

29.11.1991....
Saat yang diNantiKan ....
KeLahiRan CaHaYa_KeBahAgiAAn...
Di muka bumi penuh BaRakaH....
HadIrnYa MengukiR SenYuman MeleBar Di WaJah Walid Dan Ummi...
ItuLah Saat KELahiranKu...
SebaGai PeLengkap 12 CahaYa mata Walid dan Ummi...

KalA ini..
UmuRKu ManJangKAu USiA 18 TaHum
Bak Kata Orang swEet 17.....
MeNcaRi-Cari arah PErJaLanAn KehiDupan....
UntUkkU TeruSkan PeRJuangAn..
BerSaMa MenggapaI ReDha ALLAH...

HaRapanKu....
Agar Ku TidaK sia-Siakan...
KeSempATan..
Dan Juga KeLapanGAn...
NikMat Iman dan IsLaM...
Demi MereBut SyuRgaMU....

TaKbir!!!!!!
ALLAHUAKBAR.....

Thursday, November 19, 2009

Automatic Created Playlist by www.autoplaylist.com
Make Your Own Mp3 & Video Playlist at www.autoplaylist.com

ExAM HaBiS APE LAGI ,BAlik RUmAH LA...-cUTI SaMPAI Bulan 12....

assalamualaikum...
kepada semua pengunjung blog ana..
alhamdulillah,lega rasanya exam dah habis,semalam habis exam...
x tau la resultnye cne..
nak kata study,x la sangat..
nak dekat exam baru nak study..
apelah nak jadi dengan budak2 zaman sekarang ni..
bayangkanlah untuk paper last ni,ana stay up sampai kul 12,tiba2 tertidur,terlentok sekejap..tersedar pukul 2 dah ada kat atas katil..
.ingat nak study sebab tarannum tak habis study lagi ni,
alih-alih dek mata yang dibuai2 oleh hembusan bayu malam dan katil yang merayu untukku pulang ke pangkuannya,
ana kembali meneruskan ibadah senyap..

Alhamdulillah Allah mengizinkan ana untuk bangkit kembali pada jam 4.30 pagi...
study la sket2...
nak diceritakan lagi,time sebelum exam 2,
YA ALLAH perut ana sakit...hampir 3 kali pergi ke tandas...
bilik pun dekat nagn tandas..xde la payah sangat nak berulang alik.
.dalam minggu 2 ana rasa perut ana x selesa..
rasa semacam je...sampai la ni sakit sikit lagi..
masa exam,alhamdulillah la x teruk sangat,
kalau x camne nak jawab exam nanti..
soalan akidah ngan tarannum ada yang ana leh jawab ada yang x leh jawab..

bayangkanlah,tengah jawab soalan esei ni,
tiba2 ustaz akidah,siapa lagi kalau bukan ustaz rabbani IPG kita,
datang ke meja ana..
mane x kecut perutnya,takut ape yang kita tulis depan ustaz 2 salah,kan malu jadinya..
bila ustaz tengok je kertas exam ana,ana stop menulis...,x tau sebab ape..
tapi yang penting exam dah habis!!!!!!
x sabar nak masuk sem depan...

habis exam je,ada perjumpaan antara ustazah-ustazah PAI...ha?
memanglah budak2 PAI sume ustazah...huhu,betul x?
macam2 la yang dibuatnya,ana cerita tentang perjumpaan tersebut di lain post..

kemudian rentetan kisah seterusnya ialah mengharungi badai dan hujan ribut yang melanda IPG kdri...
sebenarnya xdelah ribut pun,cuma hujan lebat je...hehe...
ana bersama kawan ana pergi ke luar untuk photostate sukatan untuk sem depan...demi untuk sahabat2 yang ana sayangi..kebajikan dan kebaikan terakhir yang dibuat untuk sem ni...
tapi sebelum keluar 2 sempat lagi singgah cafe,ada makanan free..
bak kata orang rezeki jangan ditolak...

tibalah saat untuk explorace ke kedai photostate..
.hujan lebat sungguh...sampai stokin,kain,kasut sume basah...
1 jam lbih kitorang tunggu kat kedai photostate 2,bayangkanlah lebih kurang dalam 2o page,pastu nak buat untuk 32 orang,mesti la lame...dalam kul 1.30 barulah selesai..
balik2 terus kemas barang nak balik...memang menggelabah..orang lain sume dah siap kemas malam semalamnya,ana dop siap agy...

petang 2 hujan memang lebat,sampai ke malam pun x berhenti2...
ana bertolak ke stesen bus KT denagn bas maktab...sampai sane je terus ke masjid putih..
emm,dah la perut tengah lapar time 2,alhamdulillah kawan ana ada bawak roti canai free time kat cafe pagi tadi...ade jugak rezeki ALLAH nak bagi time 2,kami makan di luar masjid...

lepas solat je,terus pi stesen bas balik...bas pukul 10.00 malam...ana bertolak dari KT menuju ke Selangor kul 10.00 lebih la...lebih kurang dalam 8 jam dalam bas...tapi time kat hentian putra tiba2 kene tukar bas...bangun dari duduk je ana rasa cam ada yang x kene,ana chek poket swether ana,henset ana lagi satu xde,ana suh kawan ana tengokkan,tertinggal kat sit tadi..
Allah telah gerakkan hati ana untuk chek balik,kalau x,nangis x berlagu la ana jawabnya nanti,henset tertinggal...huhu...

smpai kat klang central dalam kul 5.30pg,pastu kakak ana amik ana terus balik umah...
sebab dia nak siap2 terus pi sekolah untuk mengajar..
sekarang dah ada kat rumah..
alhamdulillah ana selamat sampai juga akhirnya..

INSYAALLAH cuti ni akan ana manfaatkan dengan sebaiknya,
banyak lagi perkara yang perlu dipelajari..
ana belum cukup kuat lagi dan tidak bersedia sangat,
banyak cabaran sebagai da'ie..

kepada sahabat2 di luar sne yang sedang bercuti,timbalah ilmu di waktu lapang ni.
carilah ilmu walau di mane2 pun,bukan setakat di IPG sahaja..
hatta sekelumit kejadian yang berlaku pun kita boleh ambil pengajarannya sebagai ilmu kita...
kerana menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim..
tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad...
dalam kita hendak menuntut ilmu 2,pertama sekali jiwa kita kene bersih...
ILMU ITU ADALAH CAHAYA DAN TIDAK AKAN MENEMBUSI HATI ORANG YANG MELAKUKAN MAKSIAT.........
ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUAH..

JADI TUNTUTLAH ILMU WALAU DI MANA SAHAJA..

INGAT 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
MUDA sebelum TUA
KAYA sebelum MISKIN
SIHAT sebelum SAKIT
LAPANG sebelum SEMPIT
HIDUP sebelum MATI...
manfaatkan masa yang ada....

sekian bebelan kali ni...wasslam
Salam PerJuanGaN deMi deenul Islam!!!!!
TaKbiR, ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

eXAm baHaSa Arab DaN BahaSa InggEris........

salam..
inilah subjek bahasa yang perlu ana ambil dalam kos ini..
exam tuk kedua-dua subjek dah lepas dah..
tinggal lagi 2 subjek lagi,tapi minggu depan..
kesimpulannya,ana tak tau la cne resultnya nanti.
tak cukup masa nak fikir dan jawab..
tak cam spm dulu tempoh masenye lame..
siap leh tidur lagi..

tapi kali ni beza sangat,kene pandai manage time,
kalau subjek eNgLisH ana leh scoRe kat obJektif je...
essay ana tak tau la ana wat pe,
ape yang terlintas kat fikiran ana itulah yang ana tulis,
ana rase grammar ke semua ana langgar termasuklah segala traffic light yang ada semua ana langgar..hehe..

bahasa arab pula ana dah try study yang terbaik,tapi ana rasa ada kekurangan yang patut ana perbaiki..
ada soalan yang ana memang tak tau jawapannya,ada yang ragu2 dan ada yAng ana Tau..
tapi ape yang diorang target kebanyakannya tak masuk,
subjek english pun same...
nak senang jawab exam kenelah baca sume jangan bergantung pada soalan spot sahaja..
kita x dapat nak jangka ape yang berlaku...
sekian sahaja coretan untuk luahan selepas lepas dua paper...
baru lepas keluar dari dewan ni...
hehe...semangat nak citer...

untuk subjek lepas ni,ana akan cbe wat yang terbaik ,,
masih lagi ada peluang..
rajin2 study jangan duk malas baca buku je...
ok,la...wassalam...

Sunday, November 8, 2009

ARTIKEL DARI REMAJA MASJID......

artikel ini ana ambil dari remaja masjid...
untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian...
sila sebarkan kepada mereka yang tidak mengetahuinya...
semoGa iA DaPaT meMBeRi PeNGajaRan bagi Kita...
ambillAh IkTiBAr DaRinYa...


Fwd: 3:12 Perkongsian Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
...
Sat, November 7, 2009 6:51:02 PM
...
Add to Contacts



--- In remaja_masjid@yahoogroups.com, Hanan Hanan wrote:

3:12 Perkongsian Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya meutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”

--- End forwarded message ---


Saturday, November 7, 2009

RAYA DI RUMAH TUTOR

EXAM.....

salam...
exam tinggal bpe lagi hari je nak menjelma...
study x sangat...
takutnya...MASYAALLAH...
hanya Allah sahaja yang tahu..
kepada sahabat-sahabat semua,
doakan kejayaan saya dalam exam kali ni..
first time exam kat maktab ni...
x tahu lagi bentuk exam dan formatnya cane...
atamanna an akuna mu'allimatun mujtahidatun...
ini je yang ana sempat pos..
munkin lepas ini akan break sekejap sehinggalah exam habis...
doakan kejayaan bersama..
ma'attaufiq wannajah fil imtihan..
semoga Allah mempermudahkan urusan kita...
wassalam..

Wednesday, November 4, 2009

ALBI NADAK

Albi Nadak

Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

Translated into Bahasa Melayu

Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu


Sila Tonton video lagu ini di link ni....
http://www.youtube.com/watch?v=I71md4g2CR4

Tuesday, November 3, 2009

Kuliyah Maghrib..

Disampaikan oleh Ustaz Mohd Noor..

Assalamualaikum,entry kali ini ana ingin berkongsi tentang apa yang ana dapat semasa kuliah maghrib yang di sampaikan oleh pensyarah ana Ustaz Mohd Noor..salah seorang pensyarah yang terkenal di maktab ini..Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail batu Rakit Kuala Terengganu..Beliau juga dikenali sebagai Ustaz Rabbani kerana rupanya yang mirip-mirip wajah arwah Ustaz Asri Rabbani..Kuliah ini disampaikan pada 3 November 2009 iaitu pada hari selasa selepas solat maghrib.

Beliau menyampaikan kuliah yang berkaitan dengan surah Al-Baiyinah.. Surah Al-Baiyinah telah diturunkan di Madinah dan mengandungi lapan ayat.

Nama-nama surah ini.

1)Surah Al-Baiyinah-dinamakan dengan nama ini kerana berdasarkan sumber iaitu ayat 1

2)Surah Al-Qaiyimah-Berdasarkan sumber dari ayat yang ketiga

3)Lam Yakun-Sumber dari Rasul

5)Surah Al-Bariyyah-rujuk tafsir Al-Munir.

Isi Kandungan.

Surah ini membicarakan perihal orang Yahudi ,Nasrani dan Musyrikin yang menolak untuk beriman kepada Allah s.w.t dan juga Rasulullah s.a.w.

Ayat 2-“iaitu seorang Rasul dari Allah iaitu Nabi Muhammad yang membacakan lembaran-lembaran yang suci (Al-Quran).

AYAT 1

1. Orang-orang Yang kafir dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka Bukti Yang jelas nyata, -

Ayat 1-Ayat pertama menceritakan tentang “AHLI KITAB” yang terdiri daripada kaum yahudi dan

Nasrani.Al-Musyrikin pula ialah penganut fahaman berhala (paganism),bangsa Arab lalu atau

bangsa lain yang lahir selepas itu.

MAKSUD AYAT 1

“Orang-orang yang kafir dari golongan ahli kitab dan juga musyrikin tidak akan meninggalkan

agama mereka sehingga datang kepada mereka bukti yang nyata”.

Pentafsir Al-Quran iaitu Mujahid,mengatakan bahawa “Munfakkina” ertinya sama dengan “Muntahiina”.Maksudnya mereka tidak akan meninggalkan ideologi dan fahaman mereka sehingga muncul kebenaran di hadapannya.Manakala Qatadah pula sepakat dengan keputusan mu.

AYAT 2

2. Iaitu seorang Rasul dari Allah Yang membacakan (kepada mereka) lembaran-lembaran suci,

AYAT 3

3 Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum Yang benar.

AYAT 4

4. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka Bukti Yang jelas nyata.


AYAT 5

5. Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.

AYAT 6

6. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di Dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. mereka itulah Sejahat

ž

AYAT 7

ž

7. Seungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

AYAT 8

8. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. balasan Yang demikian itu untuk orang-orang Yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Kesimpulannya,marilah kita sama -sama muhasabah diri untuk meningkatkan iman kita..

INSYAALLAH...


Sunday, November 1, 2009

ALBI NADAK....(SERUAN HATI)

ALBI NADAK (SERUAN HATI)

Hanya padamu,

Diri ini hanya milikmu,

Datanglah dekat,

Air mata mengalir,

Mengharapkanmu…

Hanya padamu dan jiwaku padamu,

Wahai kekasihku,

usia kita usiaku,

Seluruh hidupku untukmu..

Cintamu adalah hayatku,

Dirimu buat kita bercinta sebenar-benar cinta,

Hatiku disini,

Keindahanmu milikku,

Jadi bersatu..

Hatiku memanggil,

Harapkan engkau sentiasa setia,

Hanya dirimu,

Selepas bertahun lihatlah sayang,

Kita berjumpa di sini bersama,

Airmataku mengalir keranamu


Engkaulah kekasih ,

Diriku hanya untukmu,

Seluruh hidupku,

Usiaku,

Kerna matamu,

Aku serahkan segalanya..

Apa yang daku harapkan,

Indahnya kau,

Di sisi bersamaku selamanya…

Katakanlah kepadaku,

Diri ini..

Sekian lama..

Mengharapkan..

Hati ini..

Perasaan ini..

Bersama hati dan perasaanmu..

Lirik di atas adalah terjemahan lagu albi nadak..sebuah lagu arab...

Sekiranya kita jatuh cinta, semoga kita jatuh cinta kepada insan yang mencintai Allah..

Semoga kita jatuh cinta kepada pemuda yang beriman..

Yakinlah pada janji Allah lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik...