Monday, December 21, 2009

Hayya takallam bi Lughatul jawawiyyah...

assalamualaikum..
hari ni kita belajar satu bahasa....
kita bermula dari nombor yer...(dalam jawa)
1= siji
2= loro
3= telu
4= papat
5= limo
6= nenem
7= pitu
8= wolu
9= songo
10= sepoloh

itu sahaja kita belajar hari ni..
brsambung pda episod kemudian yerk...
wassalam...

Tuesday, December 15, 2009

adakah pernah kita terfikir?solat kita ni sudah sempurna ke?

Solat merupakan salah satu rukun islam yang wajib kita laksanakan.
Namun,pernahkah kita terfikir dan merenung sejenak,
walaupun kita solat,namun tidak semestinya solat kita akan diterima oleh Allah.
Ada sesetengah yang mencuri ketika solat.Berfikir bermacam-macam perkara ketika solat.
Bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa ingin melalaikan kita walau ketika solat sekalipun.jadi,
apakah natijahnya jika solat yang kita lakukan hari-hari tu,
Allah tidak terima?
cuba bayangkan....
x rse sia2 ke...
pernah x melihat orang yang solat tetapi masih lagi melakukan maksiat?mesti pernah kan...
itu kerana solatnya masih ade lagi yang perlu diperbaiki...

Jadi,suka ingin ana kongsikan,beberapa ciri solat yang tidak diterima oleh Allah supaya sama2 kita memperbaiki diri untuk kebaikan diri kita juga.


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :


"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :


"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



Thursday, December 10, 2009

broadband rosak!!!

salam...
sedih jer rse...
broadband kat umah ni dah x leh gne...
tiba2 xder line...
bila pi kedai yang nak betulkan 2 leh pulak orangnya kata xde rosak paper..
erm,sakit hatinya...
malam tadi anak buah datang,suh dia bawak balik try kat rumah dia...sekali kat rumah dia boleh...memang line maxis kat rumah kitorang 2 dah xder kot..tapi sebelum ni bleh jer...xtaula...memang dah nasib kot...
xper2...ini ujian ...
mungkin ader hikmah disebaliknya..
so,redha jerlah....
lepas ni mungkin jarang nak online..
ni pun kat cybercafe....
so,asif kasir jika x uptade blog ni...
tunggu balik maktab jer la....
kat sne ader wireless....
wassalam....

Saturday, December 5, 2009

PEMBONGKARAN!!!!!!!

salam....
ana copy maklumat ini dari blogger seseorang..
semua yang memiliki blog mesti mengetahuinya....
Sedikit perkongsian.

Baru-baru ini, ketika menaip link blog sahabat di blog saya, Allah telah menggerakkan jari saya untuk menaip dengan tercicir satu huruf dan akibatnya laman lain yang diakseskan. Dari situ saya menyedari satu gerakan licik gerakan kristian melalui sebaran maya.

Mungkin sudah ada pembaca yang telah mengetahui tetapi sekadar berkongsi demi memenuhi rasa tanggungjawab yang terbeban di bahu.

Caranya mudah sahaja, anda taipkan sahaja alamat blog anda, contoh; http://oasislam.blogspot.com tetapi dengan membuang atau memadam konsonen 's' pada frasa 'blogspot'. (padamkan huruf yang dihitamkan di atas) Ianya akn membentuk frasa 'blogpot' contoh; http://oasislam.blogpot.com. (tekan untuk terus ke link)

Anda masukkan sahaja alamat blog anda atau mana-mana blog dengan menukarkan 'blogspot' kepada 'blogpot'.

Anda juga boleh terus ke http://www.blogpot.com

Sebarkan.




p/s: liciknya mereka, menggunakan semaksima mungkin peluang yang ada untuk menyebarkan dakyah dan orang Islam terus ketinggalan. Tahniah!!

Antara 2 Umar...Siapakah Mereka?????

BELAJAR DARI DUA UMAR

Siapakah dia Umar Al-Khattab dan juga Umar Abdul Aziz?Sebenarnya dua tokoh Islam ini mempunyai perkaitan dalam hubungan persaudaraan.Kita bercakap mengenai keturunan.Ada riwayat mengenai Umar Al-Khattab sewaktu pemerintahannya ,dia pernah berjalan malam untuk memerhatikan keperluan rakyatnya.Ada suatu kisah di mana Umar terdengar seorang anak berselisih pendapat dengan ibunya yang mahu mereka mencampurkan air ke dalam susu.Ibunya cuba mempertahankan perbuatannya dengan meyakinkan anaknya bahawa Umar tidak akan dapat melihat mereka di penghujung malam.Namun,anaknya tetap dengan pendiriannya dengan menegaskan ,sekalipun Umar tidak melihat perbuatan mereka itu,tetapi Tuhan Umar melihat apa yang mereka kerjakan.


Umar tertarik kepada kata-kata anak itu.Sekalipun dia tidak melihatnya,apa lagi mengenalinya,namun Umar yakin anak itu memiliki peribadi yang mulia.Umar mencadangkan kepada anaknya ‘Ashim yang belum berkahwin supaya mengahwini gadis itu yang bernama Ummu Ammarah kerana yakin daripadanya akan lahir keturunan yang soleh.hasil daripada perkahwinan mereka inilah lahirnya Ummu ‘Ashim yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan,daripada perkahwinan mereka inilah ,lahirnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz.Jadi,Umar bin Abdul Aziz adalah cicit kepada Umar Al-Khattab.


Saidina Umar Abdul Aziz merupakan seorang yang sederhana.Sewaktu dia dilantik menjadi Khalifah,ada yang menyerahkan kenderaan rasmi kepadanya dengan berkata.”Inilah kebderaan rasmi tuan.”Umar Abdul Aziz berkata,”Jauhkan kenderaan ini daripadaku,”Dia sebaliknya berjalan menuju ke arah keldainya.


Kita melihat pula kepada Saidina Umar Al-Khattab.Dia pernah pada suatu ketika diberikan makanan yang sedap daripada gabenor Azerbaijan.Gabenor Azerbaijan ini pernah memakan sejenis makanan yang dinamakan sebagai habish.Kerana lazatnya makanan ini,dia terfikir untuk mengutuskannya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.Ketika Umar merasa makanan itu,dia bertanya kepada utusan Gabenor Azerbaijan,”Adakah makanan ini dimakan oleh penduduk Azerbaijan?”Utusan itu mengatakan.”Ini adalah makanan orang-orang atasan.”Khalifah Umar Al-Khattab memulangkan kembali makanan itu kepada Gabenor berkenaan serta menyampaikan pesanan kepadanya,”Makanan yang selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu.Kenyangkan perut rakyatmu sebelum engkau mengenyangkan perutmu.”Umar Al-Khattab berkata,”Kalau orang itu kenyang ,akulah orang terakhir yang akan kenyang.Kalau orang itu kelaparan,akulah orang pertama yang merasai kelaparan itu.”


Dua orang ini merupakan tokoh yang patut kita contohi.Ciri-ciri kepimpinan yang patut kita ambil sebagai contoh.Pemimpin seperti inilah yang kita mahukan dalam masyarakat kita sekarang.

Ana tergerak hati untuk berkongsi maklumat tentang dua Umar yang berwibawa ini setelah membaca sebuah buku yang berjudul “BELAJAR DARI DUA UMAR” karya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Lantaran itu kepada sesiapa yang masih belum membacanya,ana mengesyorkan kepada anda semua untuk memilikinya.Namun,bukan sekadar menjadi pemilik buku tersebut,tetapi membaca dan menghayatinya serta mengamalkankannya dalam kehidupan seharian.


Bagaimanakah kita ingin melihat rakyat sesebuah kerajaan itu maju?sudah tentulah kita melihat kepada pucuk pimpinan tertinggi di atasnya.Jika pemimpin itu beriman, maka rakyatnya akan menjadi baik juga.Namun jika pemimipin itu jahil tentang agama,maka rakyat acuannya pasti tidak mengamalkan agama.Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang sentiasa mendapatkan pandangan ulama’ dalam setiap tindakan dan keputusan yang ingin di buat dalam kerajaannya agar keredhaan Allah sentiasa mengiringinya.Jadi sama-samalah kita renungi bagaimana untuk menjadi pemimpin atau khalifah yang dikehendaki oleh Allah.Semoga setiap tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dapat dilaksanakan dengan amanah dan sebaiknya.Ini kerana diakhirat kelak Allah akan bertanya kembali kepada kita adakah kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya atau sebaliknya.Sama-samalah kita renungkan sejenak untuk kebaikan yang berpanjangan.

Wednesday, December 2, 2009

Anda Ingin Khusyuk Solat??????

Kisah Ahli Ibadah Yang sangat warak dan Khusyuk…..

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof,dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya.Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.


Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim bin Al-Isam dan bertanya:”Wahai Abu Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata:”Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya,”Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu.?”

Hatim berkata,”Wudhu’ zahir sebagaimana wudhu’ biasa,iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-


1.TAUBAT

2.MENYESALI DOSA YANG DILAKUKAN.

3.TIDAK TERGILA-GILAKAN DUNIA.

4.TIDAK MENCARI / MENGHARAP PUJIAN ORANG (RIYA’).

5.TINGGALKAN SIFAT BANGGA.

6.TINGGALKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU.

7.MENINGGALKAN SIFAT DENGKI.


Seterusnya Hatim berkata,”Kemudian aku pergi ke masjid,aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku,syrga disebelah kananku,neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku,dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berada di titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya,kemudian aku Ruku’ dan sujud dengan Tawadhu’,aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan penuh keikhlasan.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.

Apabila Isam mendengar,menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Kenangan 6 karomah..STAM2009

Terujaku pada kata-kata Imam Al-Ghazali:

Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tetapi pada

ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya..ku harap

agar mekar di hati,moga persahabatan suci ini kan terus mantap,

menjadi Syafaat,terukir indah di pintu Jannah…

Ukhuwah fillah…J


6 Karomah STAM 2009….dalam ingatan…

Amzar,Taufiq,Azkia,Ruzaimi,Noh,Fauzan,Nizam,Farhan,An,Hafiz,Asyraf,

Azwan,Daus,Aini,Aqeela,Salmiah,Faradila,Aina,Izati,Saiyidah,Hazirah,

Sa’adah(m),Ilyani,Awatif,Fatin,Afiqah,Mardhiah,Heriyana,Umi(N),Zahida,

Mai,Mira,K.Syikin,Asma,F.Hazira,Umi(K),Salnur,Syakirin,Aini(i),Aziyani,

Saadah,Zu,Nabila,Dayana,Athirah…….

Salam Ukhuwah…..min Nor Sa’adah Mokter….