Tuesday, January 24, 2012

welcome back to my blog!!!!!

(Gambar hiasan-mengharapkan keluarga bahagia, BAITI JANNATI..Insyaallah..amin)

Assalamualaikum sahabat2 semua, rasanya sudah lama ana x update blog ni. Alhamdulillah hari ni rajin pula jari jemari ini menari di atas keyboard laptop Al-Khadra' ini. Tanggungjawabku sebagai nydp badam telah diserahkan kepada pimpinan baru. Semoga BADAM kali ini lebih agresif dan mantap dalam menjayakan program-program dakwah di IPG KDRI. Namun, tidak bermakna bila kita tidak berjawatan kita tiada peranan. Ya, kita tetap berperanan walau tidak berjawatan.

Rindu pula untuk menulis sesuatu di blog ini. Tapi hari ini ana tak berniat untuk menulis sesuatu yang berilmiah. Ana mencoret hanya sekadar untuk menghilangkan resah dan kegelisahan yang melanda benak ku pada ketika ini. Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada ku Ya Allah dan permudahkanlah urusan ini. Semoga setiap detik, saat, waktu dan ketika yang ku lalui sebelum sampai waktu itu dapatku harungi dengan ketenangan. Amin.

Alhamdulillah cuti seminggu sempena raya cina ini ana manfaatkan bersama-sama keluarga ana. Pada hari sabtu yang lepas, kami sekeluarga mengadakan usrah keluarga dan bacaan yasin serta solat maghrib dan isya' secara berjemaah. Gembira dan sejuk mata memandang melihat anak-anak sedaraku yang semakin membesar. Bermula dari yang sudah menjejakkan kaki ke universiti sehinggalah yang masih bayi. Bahagia melihat riang ria tawa mereka. Merekalah penyambung rantai perjuangan dan dakwah Rasulullah s.a.w. Semoga roh dan darah pejuang Islam yang tidak gentar melawan musuh Islam mengalir di tubuh mereka. Kadang-kadang apabila sahabat-sahabat bertanya anak sedaraku ade berapa, ana terdiam sejenak. Terdiam bukan sebab tidak mahu berkata-kata, tapi sedang mengira-ngira jumlah anak sedaraku di minda. He3..kelakar je rasanya jumlah anak sedara sendiri pun tak dapat nak ingat. Tapi itulah yang sering berlaku acapkali sahabat bertanya.






Oleh itu, ana tujukan lagu ini khas untuk anak-anak sedaraku,

Generasi Harapan

Album : Kembali..!
Penyanyi : Izzatul Islam

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalamu

Lagu ini dedikasi khas buat anak-anak sedaraku yang ku sayangi..cik adah sayang kamu semua..=)


1)Aminurrashid bin Sardini-20 tahun (usim)

2)Amirul Afif bin Sardini-17 tahun (hafiz di mitib)

3)Faizatul Wafa' binti Muhidin -16 tahun

4)Faizatul Hana' binti Muhidin-14 tahun

5)Faizatul Huda binti Muhidin-13 tahun

6)Ahmad Ariffudin bin Sardini -12 tahun

7)Sofiatun Naqibah binti Mohd Rizal -12 tahun

8)Muhammad Rashid Redha bin Mohd Rizal -11 tahun

9)Alfi Irsyad bin Mohd Rosli -11 tahun

10)Farah Nur Syazwani binti Ekhsan -11 tahun

11)Alfi Najmi bin Mohd Rosli -10 tahun

12)Farah Nur Izzati binti Mohd Rosli -10 tahun

13)Faizatul Wardah binti Muhidin - 9 tahun

14)Ahmad Fitri Ateequllah bin Mohd Zaidee -8 tahun

15)Farah Nur Ilhami binti Ekhsan -8 tahun

16)Sofiatun Solehah binti Mohd Rizal -7 tahun

17)Alfi Syukri bin Mohd Rosli -6 tahun

18)Ahmadineejad Fathi bin Mohd Zaidee -6 tahun

19)Muhammad Erfan Hakim bin Ekhsan -5 tahun

20)Alifah Najwa binti Mohd Rosli -5 tahun

21)Muhammad Uwais bin Muhidin -5 tahun

22)Muhammad 'Atuf bin Muhidin -4 tahun

23)Ahmad Faiz Al-Amin bin Mohd Zaidee -3 tahun

24)Muhammad Naufal Zuhaili bin Mohd Syafi'e -2 tahun

25)Farah Nur Ismahani binti Ekhsan - 8 bulan

26)Muhammad Sa'ad Al-Hasanain -4 bulan

Alhamdulillah, cukup sudah kesemua 26 anak sedaraku. Tambahan-tambahan yang lain insyaallah atas rezeki Allah belaka. Susah jugak sebenarnya nak mengingat umur mereka ni. Ini belum nak mengira umur ibu ayah mereka lagi. Secara jujurnya ana tak mampu nak ingat.he3..insyaallah akan dipertingkatkan lagi ingatan selepas ini.


Semoga ciri-ciri pemuda Kahfi ada pada diri mereka, jiwa pejuang-pejuang perang BADAR tertanam di lubuk hati mereka, merekalah yang bakal mengembalikan kegemilangan Islam nanti. Di saat Islam akan kembali menang dan menakluki seluruh dunia. Amin.

TAKBIR!!!!!

ALLAHUAKBAR ....3X