Namun,pernahkah kita terfikir dan merenung sejenak,
walaupun kita solat,namun tidak semestinya solat kita akan diterima oleh Allah.
Ada sesetengah yang mencuri ketika solat.Berfikir bermacam-macam perkara ketika solat.
Bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa ingin melalaikan kita walau ketika solat sekalipun.jadi,
apakah natijahnya jika solat yang kita lakukan hari-hari tu,
Allah tidak terima?
cuba bayangkan....
x rse sia2 ke...
pernah x melihat orang yang solat tetapi masih lagi melakukan maksiat?mesti pernah kan...
itu kerana solatnya masih ade lagi yang perlu diperbaiki...
Jadi,suka ingin ana kongsikan,beberapa ciri solat yang tidak diterima oleh Allah supaya sama2 kita memperbaiki diri untuk kebaikan diri kita juga.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
No comments:
Post a Comment