Ana antara peminat novel tautan hati.....karyanya sungguh memikat hati ana....
1.Rasulmu pula telah membelai,jangan berfikir tentang zat Allah,berfikirlah tentang ciptaan Illahi.Mindaku belayar lagi.Rupa-rupanya,terlalu jelas bahawa Kau memang ada sebagai Illah dan Rabbi Yang Maha Tinggi!Oh,aku yang jahil selama ini.
2.Firman Allah dalam surah Ali Imran yang bermaksud:”Dan milik Allahlah kerajaan langit dan bumi,Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu.Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berakal.Iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi seraya berkata “Ya Tuhan kami ,tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia .Maha Suci Engkau.Lindungilah kami dari azab api neraka”
(Surah Ali Imran :189-191)
3.Bacalah firman Allah Taala:(Surah Al-hadid)
Maksudnya:”Dialah Yang Awal dan Yang AkhirYang Zahir dan batin dan Dia Maha mengetahui segala sesuatu….”
4.Setiap orang ada ujian masimg-masing,seorang pun tidak terkecuali.Allah menimpakan ujian bersama jalan penyelesaian.Kita yang perlu bijak menghadapinya dengan ketabahan.
5.Puas ku merayu,puas ku seru,jawapanmu tetap yang dulu.Oh,sukarnya mengajakmu! Namun,kasihku padamu cukup padu,lantaran itu ,aku akan terus menyerumu ,pada Yang Satu ,ku genggam kukuh suatu azimat ,”Kita hanya penyeru bukan penghukum ,”Ya Allah ,ku harap bantuanMu mengiriku .seru dan terus menyeru ,itu tugas RasulMu akan ku teruskan semampuku,hingga ke hujung waktu……
6.”My dear ,to love someone is nothing,to be loved by someone is something ,to be loved by someone you love exciting ,but to be love by Allah is everything.Allah loves you….”
7.Ujian datang dan pergi itu perkara lumrah.Semua orang menghadapinya.Yang Allah pandang,sejauh mana usaha kita untuk menghadapinya.
8.Seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w.
Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami? Jawabnya:”Seseorang apabila kamu memandangnya kamu akan teringat akan Allah s.w.t,apabila kamu dengari percakapannya,pengetahuan kamu tentang Islam akan bertambah ,apabila kamu melihat kelakuannya ,kamu teringat kepada kehidupan Akhirat..”
9.
*Bayangkan sebiji durian yang paling sedap,jika ditambah kicap dan sos cili padanya,apa jadi pada durian itu?.....Jawapannya:Hilang Rasa Aslinya….
*Bayangkan seorang yang ingin membeli seekor lembu,tetepi didapatinya lembu itu tida ekor,tiada hidung dan dua kakinya tiada.Adakah orang itu akan membeli lembu cacat tersebut..? Jawapannya:Sudah tentu tidak…
*Bayangkan pula satu makhluk berkepala manusia ,bersayap burung,berekor buaya,berkaki itik dan bertubuh cicak.Apa akan terjadi pada orang itu..?
Jawapannya:Akan hilang keindahan ciptaannya sebagai manusia yang sempurna..
Demikianlah perumpamaan bagi orang yang menambah-nambah dalam Islam,mengurangkan ajaran Islam dan mencampur adukkan Islam.Allah hanya menerima Islam yang bersumberkan al-Quran dan As-Sunnah bukannya Islam yang telah diubahsuai oleh manusia mengikut selera mereka.
10.Rasulullah s.a.w bersabda:Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yang tidak akan sesat sesiapa yang berpegang teguh pada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnahku..”
11.Jadikanlah matlamat untuk mencapai redha Allah s.w.t ,malah lebih jauh daripada itu sebagai perbualan harian,malah menemani malam kita.Matlamat suci ini tidak terasa manisnya jika kita sendiri yang tidak jelas tentangnya..
12.Apa pun urusan kita,ikatlah ia dengan Allah.Apabila ia diikat dengan makhluk,jika makhluk itu runtuh,habislah kita,turut runtuh sepertinya.
13.Sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran….
14.”Rendahkanlah diri sama ada dalam posisi orang yang menasihati ataupun dinasihati.Orang yang menasihati perlu berfikir banyak kali akan cara paling berhikmah dan orang yang dinasihati perlu cepat menerima jika sesuatu itu merupakan suatu kebenaran Allah…”
15.Surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:
“Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu itu beberapa darjat.”
16.hadis Riwayat Al-Tabrani:
“Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu,kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari
17.Khayalan membina impian dan bermula impian ,Sesuatu itu menjadi kenyataan…
18.Indahnya Taman Islami
Syahdu terasa,
Tatkala kaki melangkah Ke Taman Islami,
Yang mekar mewangi,
Dengan bunga Al-haya’
Bisikan angina keimanan,
Menyegarkan ketakwaan diri,
Nynyian unggas berzikir merdu,
Mengasyikkan cinta pada Illahi,
Kerlipan indah mutiara ilmu,
Menyinari kegelapan naluri,
Kicauan riang pujian kebesaran,
Bergema agung disana sini,
Rimbunan pepohon ukhwah,
Menjadi teduhan umtuk bersatu hati,
. Oh,Indahnya Taman Islam….
19.Teman,aku ingin….
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran,sanggup bersakit,
Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai Penjaga,
Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana,
Serta senyuman Syed Al-Qutb
Ketika berhadapan dengan tali Maut
Akidah mantap tidak terrenggut,
Roh dakwahnya tidak surut,
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid rohnya ke syurga,
Marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,
Fikrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul,
Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram,
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya,
Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,semerbak kasturi,
Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat
Di Mahkamah Mahsyar nanti……
20.Kriteria yang perlu ada pada orang yang berpotensi untuk melalui proses dakwah
fardiah.
1)AMILIN: sifat seseorang yang suka beramal.Apabila dia melihat sesuatu dia rasa
nak melakukan perubahan,nak tukar orang sebegini mampu meyakinkan orang lain.
2)MUNTIJ: produktif,boleh melahirkan sesuatu dan boleh menarik yang lain.
3)MUJAHID:sifat bersungguh-sungguh.sifat ini perlu diproses pada diri orang yang
dididik agar tindakannya lahir dari[ada keyakinan,ilmu,dan hujah bukan semangat
semata-mata
4)MUFAKIR: kreatif,suka berfikir dari perspektif yang lain.jika dia gagal dia ada 1001 alternatif
dan tidak mudah panik,.
21)Biarlah kita terlebih dahulu memahami seseorang agar diri kita turut difahami…..
22)Sajak:
Biar apa yang sedang diperkata,
Biar beribu dugaan melanda,
Ku pasakkan azam di dada,
Ku
Ku tak mahu terhalang semudahnya,
Biar…biar heboh berita dosa,
Ku tangkis sekuatnya,
Demi mendampingiMu dimalam gelita,
Tanpa rasa takut pada sesiapa,
Kerana kutahu itu syirik namanya,
23)Surah Ali imran ayat 175
“Sesungguhnya mereka hanyalah syaitan yang menakut-nakuti kamu dengan teman-teman setia mereka,kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka,tetapi takutlah kepada-Ku,jika kamu orang beriman”.
24)Surah
“Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mengikutinya,kecuali sebahagian orang-orang yang beriman.Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka,melainkan hanyalah agar kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang meragukan tentang itu.Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu “
25)Sajak:
Tak terluah rinduku ini,
Padamu duhai serikandi,
Memori mengulit mimpi,
Kenangan segalanya terabadi,
Di situ prinsip kita teruji,
Keunggulanmu terbukti,
Buatku teruja pada keindahan budi,
Dirimu teman sejati…..
26)Surah Al-Baqarah ayat 216.
“boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ,padahal ia amat buruk bagimu,Allah Maha Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui”
27)Motivasi:
Kita janganlah jadi orang yang merintih pada keadaan,dan juga orang yang lari daripada cabaran Tapi kita mesti fikirkan bagaimana cara nak Islamisasikan keadaan dan menempuh cabaran dengan keimanan.
28)Motivasi:
Orang yang mengikuti program tarbiyah pun tidak semestinya dapat dibentuk inikan pula bagi orang yang tidak mahu mengikuti program tarbiyah langsung….kita hanya mampu mengharapkan kebaikan semua sma ada didunia mahupun di akhirat….
29)Tentang solat.
Abdullah Ibnu Abbas menerangkan tentang solat I’ed,mula-mula Baginda imamkan solat,Kemudian Baginda berkhutbah.Baginda risau wanita tidak dengar ,lalu Baginda ke tempat wanita untuk menasihatinya..Bilal menjadi peneman..Ia menunjukkan wanita duduk berasingan dengan lelaki dan tidak bergaul dengan mereka.
30)Perumpamaan Jam dengan aurat wanita.
Ada dua buah jam,satu jam dalam bekas kaca,dan berbalut dengan kain baldu.manakala lagi satu jam terdedah dan tidak tertutup.Yang mana satukah yang akan dipilih..?Jam yang tidak bertutup itu tidak ada yang berkenan,tentu ada banyak debu yang melekat.tambahan pula jam yang terdedah dan sudah dibelek-belek orang akan hilang serinya..Jam yang telah menjadi tontonan semua orang akan hilang keunikannya.Harganya pun tentu murah dan tidak ada class.
Sudah tentu orang akan
Kalau barang milik kita,apa yang kita sayang dan hargai,sudah tentu kita akan menjaganya dengan sebaik yang mungkin.Malah ada sesetengah orang yang sanggup membalutnya,menudumg,dan menyampul sekemas-kemasnya.Begitu juga dengan Allah,salah satu cara Allah menunjukkan kasih sayang-Nya kepada kita ialah dengan suruhan menutup aurat.allah menghargai kaum Hawa dengan mensyariatkan perbatasan aurat.
31)Tudung labuh…
Berkemungkinan orang yang tidak menutup aurat lebih baik dari mereka yang bertudung labuh. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna pun tidak semestinya mereka berakhlak.Tapi,yang bersalah adalah wanita itu sendiri bukan tudung labuhnya.Walaupun akhlaknya teruk,sekurang-kurangnya dia terlepas daripada dosa mendedahkan aurat.Bagi wanita yang tidak menutup aurat pula ,dia mungkin dimuliakan Allah dengan kebaikannya ,namun dia tetap takkan terlepas dari dosa tidak menutup aurat.Mereka sebenarnya adalah sama sahaja.apa pun,kita hendaklah sentiasa berbaik sangka,saling sayang-menyayangi ,hormat-menghormati,dan saling mendoakan antara satu sama lain.
Kita renungkan beberapa persoalan di sini:
#Sampai bila yang bertudung labuh nak memperkecilkan yang tidak menutup
aurat…?
#Dan sampai bila yang tidak sempurna menutup aurat nak membenci yang
bertudung labuh..?
Kita adalah saudara sesama Islam,sama sahaja…Hanya Allah yang paling layak menilai IMAN dan TAQWA lah nilaian-Nya…
Kita perlu saling berbaik sangka dan saling mendoakan agar tetap berada di atas kebenaran.Jika akhlak cemerlang,maka menutup aurat juga perlulah secara sempurna dan cemerlang.Malah,semuanya perlu cemerlang.Barulah kita layak menjadi individu Muslim yang sebenar.Tanda sayang seorang Muslim pada saudaranya ialah apabila dia menyampaikan kebenaran agar dirinya dan saudaranya itu terlepas daripada azab-Nya di sana….
32)JILBAB..
Tahap kelabuhan jilbab bergantung kepada niat ,ijtihad,dan kemampuan pemakainya.Kita hendaklah menghormati personaliti si pemakai.Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa banyak benda di dunia ini dianggap remeh oleh orang yang baik ,namun dianggap berat oleh orang yang Taqarrub billah…
33)PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN…
Kita sedar tentang bahaya wanita pada lelaki jika pergaulan tidak dibatasi syariat.Bermula dari pandangan mata lalu turun ke hati membisikkan kejahatan.Kita tidak mahu wanita menjadi penyebab terhumbannya lelaki ke dalam dunia khayalan sekaligus akan melemahkannya daripada perjuangan.Maka,kasihanilah lelaki…Yang kita hendakkan ialah lelaki menjadi mujahid agama.
34)Pakaian.
Kita hendaklah faham bahawa pakaian yang kita pakai bertujuan untuk mencari yang terbaik pada pandangan Allah.Kita seharusnya yakin,jika aurat semakin dititikberatkan,maka semakin besarlah ganjaran yang Allah akan beri.Kita mesti berusaha merebut apa sahaja peluang yang ada untuk mendapatkan pahala yang lebih kerana amal kita ada banyak cacat dan sedikit pula.Kita berharap agar amal soleh yang kita lakukan sudi diterima oleh Allah..
35)Muslimah sejati..
Muslimah yang sejati ingin menjadi seperti pokok kelapa.Di mana,setiap bahagian dapat memberi manfaat kepada semua..Batangnya boleh dibuat jambatan.Lidinya boleh dibuat penyapu..Buahnya memberi kelazatan..Airnya penawar dan juga penghilang dahaga.Santannya pelengkap masakan. Sabutnya dibuat berus.Tempurungnya menemani kegembiraan kanak-kanak bermain tapak gajah.
Pokok kelapa adalah tazkirah terbaik.Apabila melihat pokok kelapa,hati boleh menjadi sebak dan terasa insaf.Buahnya boleh gugur tanpa mengira tua ataupun muda,ia mengingatkan kita yang kematian terlalu hampir dengan kita.Bila-bila masa sahaja dan di mana jua kita berada.Kita takut sangat jika Allah memanggil kita dalam keadaan masih banyak dosa yang belum dikikis.Apabila ketakutan itu dating,kita kembali merenung pokok kelapa.Pokok kelapa menunjukkan bahawa pelepahnya yang kering dan mati akan digugurkan.Maksudnya,kita perlu buang faktor-faktor yang boleh menyebabkan hati kita mati dalam diri ini.
Terpandang pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran,kita terasa tiada banyak masa untuk kita banyak ketawa.Kita takut ketika Allah menarik nyawa,kita tiada masa hendak mengucap dan mengingati-Nya.Kita sedar,kalau kita banyak keyawa,hati akan mudah mati,lalai dan alpa.
36)Pohon Semalu…
Pohon semalu pantang disentuh pasti menunduk sopan,tapi durinya tajam berceracakan.Sifat malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah.Hakikatnya,malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga.Bukankah Rasulullah pemalu orangnya.
Kita tidak perlu malu dalam menuntut ilmu dan menegakkan kebenaran Allah.Malu yang dimaksudkan adalah malu bertempat :
~ malu untuk menjadi wanita yang rosak akhlak iaitu yang hanya pandai menggoda lelaki yang
~ Malu untuk melakukan maksiat.
~ Malu pada Allah dan Rasul untuk mengingkari perintah-Nya dan melakukan larangannya.
Pohon semalu mengeluarkan bunga ungu yang cantik.Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang cantik menawan.Dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain.Apabila sehelai disentuh,daun-daun di tepinya turut tertutup malu.Tindak balas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang.Begitulah seorang mujahidah,dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya.
37)Islam.
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Indahnya hidup bersama Islam,
membawa ketinggian dan kemuliaannya dengan penuh rasa bangga,
biarpun di mana jua.
Bahagianya hidup bersama Islam,
ajarannya agung,mencakupi semua aspek kehidupan.
Manisnya hidup bersama Islam,ummatnya bersaudara,
ukhuwah terasa indah apabila berkasih sayang kerana Allah,
Bermaknanya hidup bersama Islam,
Kerana Islamlah,terbit rasa cinta pada dirimu,
Sebagai saudara kami selamanya,
Islam mengajar kita hidup bersaudara,
Dirimu mencuri ruang istimewa di sudut hati kami biarpun baru sedetik bersama,
Jiwamu penuh rindu pada kebenaran biarpun banyak halangan,
Kau serikandi harapan,
Mungkinkah kita akan bertemu lagi..?
Andai mungkin ,kami menanti pertemuan itu dengan penuh kerinduan,
Mungkinkah kami akan menemuimu yang lebih istimewa daripada hari ini..?
Lebih istimewa dengan ketinggian Islam yang dibawa,
Dihiasi pula dengan busana Muslimah,
Tentu jelita sekali menurut pandangan-Nya,
Andai tak mungkin berjumpa lagi,ingatlah…,
Kita tak pernah dipisahkan ,
Kita akan bersama lagi di negeri abadi,
Kita akan saling mencari,
Andai layak menjadi bidadari penyeri di Taman Firdausi,
Di situ kita akan berjumpa lagi....
38)Motivasi.
Tidak mahu ku akui tewas,
Biar menggunung badai menghempas,
Tidak mahu ku terus menangis,
Lantaran pujukan-Mu cukup manis,
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati ,padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya ,jika kamu orang yang beriman.”
(Surah Ali Imran ayat 139)
DIPETIK DARI:
NOVEL TAUTAN HATI
KARYA FATIMAH SYARHA.
No comments:
Post a Comment