Tuesday, October 19, 2010

CINTA BUKAN BERERTI MEMILIKI

CINTA BUKAN BERERTI MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan...

Si dia kepunyaan mu ...

Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya.. .



Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...

Hukum alam menyatakan...



Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ...

Berlakon di pentas dunia...

Dan bertopeng menutup rahsia..



Tetapi hati...

Tidak pernah berdusta pada empunya...

Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...



Mungkin si dia melafazkan.. .

Ungkapan cinta pada mu ...

Tetapi hati dan perasaannya...

Tidak pernah berniat begitu...



Dia hanya berselindung...

Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...

Begitu jujur dan setia mencintainya..



Sehingga terlupa..

Hukum alam menyatakan..

Mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...



"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."

"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah...

Kita sebenarnya kepunyaan..

Yang Maha Esa...



Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...

Kecuali Dia...

Dia mengasihi hamba-Nya...

Dia memiliki hamba-Nya...

Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....



Allah maha mengetahui isi hati hambanya...

Tanpa sepatah ungkapan pada sidia..

Jika Allah mengizinkan pertemuan kita dengannya...

Tiada suatupun mampu menghalangi...

Berdoalah kerana ia senjata orang beriman...



sumber:http://iskandar-muslim.blogspot.com/

2 comments:

pu3 nonsense said...

best2... cinta xsemetinya memiliki.. melihat si dy bahagia juga cinta...

محمد حذوان بن حميدان said...

aiwah..cnte x smstenye PERLU kita miliki.,namun kita PASTI miliki cita dan insan itu apabila saat,masa dan tempoh itu tiba utk kita..pmberian istimewa dari Rabb yg trcinta..(^_^)