Thursday, October 28, 2010

coret-coret


Assalamualaikum...
sudah lama rasanya ucu x update blog nie..
peperiksaan akhir semakin menghampiri..
adakah diriku ini sudah bersedia sepenuhnya..
tetapi..
jika kita lihat situasi sekarang..
orang lebih banyak takut dengan exam dunia..
membuat persiapan secukupnye..
tetapi...
bagaimana dengan exam akhirat..
masyaallah...
bila direnung kembali..
persiapan untuk exam akhirat ini..
orang ambil endah x endah..
membuat persiapan hanya sekadar ala kadar sahaja..
tidak bersungguh-sungguh..
dek kerana terlalu memberikan penumpuan kepada exam dunia...
sehingga kita terlupa ada lagi satu exam terbesar bagi kita..
sebagai hamba Allah ini..
iaitu...
EXAM SPM..
(SIJIL PADANG MAHSYAR)

Bila mana kita melihat dalam surah Al-Gasyiyah..
surah yang menceritakan tentang keadaan pada hari akhirat kelak..
pasti kita akan merasa gerun mendengar azab-azab di akhirat...
permulaan surah Al-Gasyiyah menyatakan tentang keadaan manusia yang dalam keadaan tunduk terhina pada hari akhirat kelak..
mereka ialah golongan yang sibuk bekerja..
mereka bekerja kuat di dunia tetapi bukan kerana Allah s.w.t..
dan hanya untuk kepentingan diri mereka sahaja..
bagi mereka adalah neraka 'Hamiyah'...
mereka meminum nanah yang keluar daripada badan dan kulit orang kafir di neraka..
tiada bagi mereka makanan kecuali pohon berduri..
ada pendapat yang mengatakan pohon ini ialah sejenis pokok dari api neraka..
Ini berdasarkan hadith yang mengatakan tentang pokok zaqqum yang tumbuh di dasar neraka...
ada juga yang mengatakan bahawa 'ad-dhori' merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan berduri yang dimakan oleh unta apabila ia menghijau dan menjadi racun apabila ianya dipotong..
Makanan tersebut pula tidak menggemukkan apatahlagi mengenyangkan..
Inilah gambaran bagi azab siksa di neraka..

Dalam surah Al-Gasyiyah ini juga,
Allah memeberikan gambaran nikmat yang diberikan kepada orang-orang yang soleh..
yang sentiasa mengerjakan amal kebaikan semasa di dunia..
wajah orang beriman dalam keadaan bersih suci...
Mereka berpuas hati dengan amalan yang mereka lakukan di dunia kerana mereka yakin amalan mereka itu mendapat keredhaan oleh Allah s.w.t..
Maka Allah menempatkan mereka di dalam syurga yang tinggi..
Mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia di dalam syurga..
Ayat yang menerangkan keadaan ini menyarankan bahawa keadaan orang-orang yang beriman di dunia adalah jauh daripada perdebatan,pertengkaran dan ungkapan yanf sia-sia..
ianya sebagai persediaan untuk mereka mencapai nikmat tersebut di akhirat kelak..

Rasanya..
sampai di sini sahaja perkongsian kali ini..
Insyaallah ucu akan sambung pada lain post..
kerana tafsir surah al-Gasyiyah ini ada panjang lagi..
tidak mengapalah..
walaupun sedikit..
moga apa yang terkandung di sini dapat memberikan manfaat untuk diri ucu sendiri dan sahabat-sahabat lain yang ucu sayangi sekelian..

SaMa-Sama Lah kiTa muHasaBah Diri Kita SeMula...

TinGkatKan Amalan KurangKan DoSa..

BerSaMa MeraLIsaSiKan IPG ZiKiR...

Aminn...

3 comments:

Tinta Al-Murabbi said...

Firman Allah s.w.t dalam surah Ar Rahman ayat 60:-

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

Kerana Akhirat itu adalah negara PEMBALASAN~ Bersediakah kita dengan amalan diri yg sgt sikit ini?

Neway~ Nice Entry..Jazakallah~

Nor Sa'adah Binti Mokter said...

syukran ustaz arif..
sama2 lah kita muhasabah diri ini..

Anonymous said...

poglejte si tole [url=http://www.vsezasport.si/dvoranski-sporti/fitnes-oprema/eliptiki]Orbitreki[/url]