Monday, May 9, 2011

UKHUWAH





Assalamu’alaikum sahabat-sahabat semua. Sudah lama rasanya ana tidak mengaktifkan diri dalam update blog ana ini. Kesibukan dan komitmen dalam kerja lain menyebabkan ana tidak dapat bergiat aktif dalam penulisan blog bagi semester ini. Bermula daripada minggu ini merupakan ‘study week’ bagi pelajar-pelajar di IPG KDRI ini. Walaubagaimanapun, ana bukanlah jenis yang mengulangkaji awal, jadi sangat cemburulah melihat sahabat-sahabat yang study awal ini kerana ana sendiri tidak mempunyai kemampuan untuk study awal. Tapi tidak mengapa, ana sentiasa mendoakan sahabat-sahabat semua agar kita sama-sama mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini. InsyaAllah..

Kerinduan yang sangat mendalam kepada keluarga di kampung kerana sudah dua bulan ana tidak pulang ke rumah. Ketika ramai yang pulang ke rumah pada cuti hari buruh haritu, ana membuat keputusan untuk tinggal di asrama sahaja. Lagipun, ramai pula sahabat-sahabat yang tidak pulang ke rumah pada waktu tersebut. Cuti tersebut ana manfaatkan dengan membuat lawatan cuti-cuti satu Malaysia. Bunyi macam hebat sahaja kan, padahal ana cuma berjalan ke Pantai Menggabang Telipot sahaja. Sehari sebelum tu, ana sempat menghabiskan masa bersama dengan adik-adik usrah di pantai tersebut.
Memandangkan liqa’ tersebut merupakan liqa’ yang terakhir untuk adik-adik ini bagi semester ini, ana dan juga kak wan mengambil kesempatan kali ini bagi memberi sedikit taujihat dan peringatan sebelum adik-adik ini bergelar sebagai seorang naqibah pada semester hadapan. Banyak input yang berguna yang dikongsikan oleh kak wan untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian. Berakhirnya liqa’ terakhir ini bukan bermakna ukhuwah kami akan berakhir. Akan tetapi seperti yang kita maklum bahawa usrah bermula selepas Tasbih Kafarah dan Surah Al’Asr.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Bandingan orang mukmin dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasai sakit”
(Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya)

HATI YANG PALING ALLAH KASIH
ADALAH HATI YANG PALING LEMBUT UNTUK SAUDARANYA,
PALING BERSIH DALAM KEYAKINANNYA,
DAN PALING CEKAL DALAM BERAGAMA

2 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

selamat menempuh peperiksaan dunia ini, mga berloeh najah,amin..
mnfaatknlah cti sem nnti dgn aktvti yg trbaek buat dri,kluarga,shbt dan msyrkt~ (^_^)

Nor Sa'adah Binti Mokter said...

syukran ustaz ...semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat...