Wednesday, May 25, 2011

Berakhirnya SEM1..


~Semoga kita tabah menghadapi segala ujian yang Allah beri kepada kita~

Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah, peperiksaan sudah pun menutup tirainya bagi semester 1 ini. Berakhirnya peperiksaan ini maka berakhirlah semester1 ini. Akan tetapi bukan bermakna perjuangan terhenti di sini. Cukup perit rasanya melalui hari-hari dalam hidup sekiranya kita tidak ikatnya dengan keyakinan pada Allah s.w.t. Segala kekurangan dan kelemahan yang banyak ana lakukan sepanjang semester ini, ana mohon ribuan kemaafan kepada semua. Terutamanya sekali kepada roomate ana, sahabat-sahabat ana dalam unit PISMP PAI1 Ambilan Januari 2011, ahli jawatankuasa Biro Agama Kerohanian dan Moral dan juga sahabat-sahabat yang lain. Ana akui ana banyak membuat antum dan antunna terasa dan sakit hati. Ana akui segala kekhilafan ana ini dan ana mohon sahabat-sahabat semua sudi untuk memaafkan ana. Ana tidak mampu untuk menjadi sahabat yang baik untuk antum dan antunna semua. Halalkan segala ilmu yang pernah dikongsi dan sekiranya ana ada hutang yang terlupa untuk dibayar segeralah maklumkan pada ana.



Hari-hari sepanjang semester ini banyak mengajar ana tentang erti kehidupan yang sebenar. Banyak perkara yang ana pelajari sepanjang sem ini. Perkara yang paling penting sekali ialah bagaimana kita menyusun waktu kita. Bermula daripada awal sem lagi ana akui masih lagi belum mampu untuk menyusun waktu dengan baik. Tugasan yang diberi oleh pensyarah mesti akan dibuat pada minit-minit yang terakhir. Tugasan berkumpulan pun banyak yang ana tidak dapat terlibat secara sepenuhnya. Maafkan ana kerana tidak mampu memberi sumbangan yang terbaik wahai sahabat-sahabat yang sekumpulan dengan ana. Bertambah lagi dengan kerja-kerja yang lain yang kadang-kadang menyebabkan kita rasa tertekan. Namun, pengurusan masa yang baik pasti akan menjadikan kita mampu untuk menyelesaikan segala tugasan dengan baik. Bak kata pepatah arab, masa itu seperti pedang, sekiranya kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Masa sangat mencemburui kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan setiap detik, saat, minit, jam, hari, minggu, tahun, dan kehidupan kita ini agar kita semua mendapat keredhaan ALLAH Ta'ala.


Beberapa hari ini, ana dihantui semula dengan kisah silam yang kembali muncul dalam kehidupan ana. Ya Allah, ku mohon padaMu agar kuatkanlah hatiku dalam menghadapi segala ujian dan dugaan ini. Kesilapan yang lepas sangat menjadikan pengajaran yang bermakna dalam kehidupanku. Ku tidak sanggup untuk mengulang kembali segala kesalahan yang pernah ku lakukan. Semoga pisang tidak berbuah dua kali. Cukuplah dengan apa yang berlaku pada seketika waktu dahulu. Ku ingin redhaMu dalan setiap langkah perjalanan hidup ini. Bimbinglah dan bantulah diriku agar sentiasa dan terus istiqamah dalam perjuangan ini. Diri ini insan yang lemah dan perlukan petunjukMu pada setiap masa. Iringilah langkahku dengan HidayahMu agar ku tidak terus terleka dan terbuai dengan nikmat dunia yang sementara.

InsyaALLAH, mulai semester hadapan, ana berharap agar mampu untuk mengubah diri ana ini kepada yang lebih baik. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Segala kekurangan akan cuba untuk diperbaiki dan mohon kepada sahabat-sahabat semua untuk menegur ana sekiranya nampak ana melakukan kesalahan. Pengalaman semester ini menjadi pengorak langkah untuk ana buat yang terbaik bagi semester hadapan. Sem depan, ada subjek Bahasa Arab dan ana sangat merindui untuk belajar Bahasa Arab memandangkan sem ni tidak ada subjek Bahasa Arab dan yang paling best sekali, ana menjadi AJK Bahasa Arab. Semoga tanggungjawab ini mampu dipikul dengan sebaiknya dan ana akan cuba buat yang terbaik.



Akhir sekali, semoga apa yang kita lakukan ini sentiasa mendapat keredhaan Allah. Perbaharuilah niat agar kita tidak tersalah niat dalam melakukan sesuatu. Terutamanya ketika melakukan kebaikan, kita rasa apa yang kita lakukan ini sudah terbaik, akan tetapi disebabkan niat kita yang terpesong menyebabkan amalan kebaikan yang kita lakukan menjadi sia-sia dan tidak dipandang oleh Allah. Kadang-kadang kita lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah. Kadang-kadang kita terlebih pergantungan kepada manusia berbanding kebergantungan kita pada Allah. Sama-samalah kita muhasabah dan refleksi diri agar sentiasa berada di jalan yang betul.



~STRIVE ILA MARDHATILLAH~LET'S GO~




Sangat suka lirik lagu ni, sama-sama kita ambil iktibar ye~

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan…
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan…
Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan…
Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan…
Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya…

Tajuk Nasyid : Epilog Silam
Artis : Haikal
Album : Erti Pengorbanan

Lirik lagu ini memberikan kesan yang mendalam bagi sesiapa yang menghayatinya..
Semoga kita semua mendapat maghfirah daripada ALLAH..

~SeGaLa YaNg BaiK Itu DaTangNya DaripaDa Allah Dan YaNg BuruK itu DataNg Daripada KekhilaFan AnA sendiri sebagAi HamBa Allah YaNg LeMah..~

~Wallahua'Lam~

=)

No comments: