Sekiranya kamu dapati dirimi menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,janganlah merasa tersisih,
Tiada salahnya menyintai seseorang,
Kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati seseorang.
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai,
Anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tapi,
Kembalikan penghormatan tu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan ambik kesempatan & janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurus cinta,begitulah jua kamu mengurus dirimu.
Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun
cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba2 cinta memilih untuk pergi,tiada siapa yang harus dipersalahkan…..relakanlah cinta itu untuk pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi &
Kita akan menyedari apabila masa bersilih ganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta,
Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa,
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri
di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia…
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hatimu…”
Cinta Allah dan Rasul cinta ibubapa
No comments:
Post a Comment