hayatilah sajak ini..............
Biru… Biru…
Di mana biru..?
Ku lihat biru ada di langit..
Ku lihat biru ada di lautan…
Tapi mengapa?
Biru di langit bertukar hitam..
Biru di laut menghilang menjelang malam…
Di mana biru sebenarnya…?
Adakah biru boleh bertukar hitam?
Atau
Adakah biru tidak wujud..?
Atau
Adakah sekadar bayangan disebalik hitam..?
Atau
Aku yang sebenarnya keliru?
Ahhh!
Di mana harus ku cari jawapan..?
Aku semakin jauh merenung…
Ke atas dan ke bawah..
Di tengah lautan..
Tapi tidak berpijak di lantai air..
Tidak bergantungan pula di bawah langit
Apa akan terjadi bila berpijak di lantai air..?
Apa akan terjadi bila bergantungan dengan langit?
Adakah aku sedang berterbangan?
Aku semakin jauh merenung..
Jauh ke dalam diri..
Dimana aku?
Mengapa aku berada di sni?
Bagaimana aku berada di sini?
Siapa aku? Atau apa aku?
Hish!
Mengapa timbul persoalan?
Bagaimana pula persoalan ini timbul..?
Semakin aku berfikir…
Semakin aku bertanya….
Tiba-tiba…
Fitrah!!!!
Tapi jika fitrah soalannya..
Dimana jawapannya?
Lalu biru di mana?
Aku harus mencari di mana biru..
Kerana Tanya adalah fitrah
Jadi biru itu apa?
Adakah biru itu putih?
Atau
Adakah biru itu hitam?
Biru adalah biru..
Bukan putih bukan hitam.
Tapi jika tidak ada putih..
Pasti ada biru atau putih..
Jika tidak ada hitam
Pasti ada putih atau biru..
Jika tidak ada biru..
Pasti ada hitam atau putih..
Dari mana datangnya biru, putih, hitam?
Siang ada putih dan biru..
Siang ada putih dan biru..
Malam ada hitam..
No comments:
Post a Comment