Tuesday, November 3, 2009

Kuliyah Maghrib..

Disampaikan oleh Ustaz Mohd Noor..

Assalamualaikum,entry kali ini ana ingin berkongsi tentang apa yang ana dapat semasa kuliah maghrib yang di sampaikan oleh pensyarah ana Ustaz Mohd Noor..salah seorang pensyarah yang terkenal di maktab ini..Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail batu Rakit Kuala Terengganu..Beliau juga dikenali sebagai Ustaz Rabbani kerana rupanya yang mirip-mirip wajah arwah Ustaz Asri Rabbani..Kuliah ini disampaikan pada 3 November 2009 iaitu pada hari selasa selepas solat maghrib.

Beliau menyampaikan kuliah yang berkaitan dengan surah Al-Baiyinah.. Surah Al-Baiyinah telah diturunkan di Madinah dan mengandungi lapan ayat.

Nama-nama surah ini.

1)Surah Al-Baiyinah-dinamakan dengan nama ini kerana berdasarkan sumber iaitu ayat 1

2)Surah Al-Qaiyimah-Berdasarkan sumber dari ayat yang ketiga

3)Lam Yakun-Sumber dari Rasul

5)Surah Al-Bariyyah-rujuk tafsir Al-Munir.

Isi Kandungan.

Surah ini membicarakan perihal orang Yahudi ,Nasrani dan Musyrikin yang menolak untuk beriman kepada Allah s.w.t dan juga Rasulullah s.a.w.

Ayat 2-“iaitu seorang Rasul dari Allah iaitu Nabi Muhammad yang membacakan lembaran-lembaran yang suci (Al-Quran).

AYAT 1

1. Orang-orang Yang kafir dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka Bukti Yang jelas nyata, -

Ayat 1-Ayat pertama menceritakan tentang “AHLI KITAB” yang terdiri daripada kaum yahudi dan

Nasrani.Al-Musyrikin pula ialah penganut fahaman berhala (paganism),bangsa Arab lalu atau

bangsa lain yang lahir selepas itu.

MAKSUD AYAT 1

“Orang-orang yang kafir dari golongan ahli kitab dan juga musyrikin tidak akan meninggalkan

agama mereka sehingga datang kepada mereka bukti yang nyata”.

Pentafsir Al-Quran iaitu Mujahid,mengatakan bahawa “Munfakkina” ertinya sama dengan “Muntahiina”.Maksudnya mereka tidak akan meninggalkan ideologi dan fahaman mereka sehingga muncul kebenaran di hadapannya.Manakala Qatadah pula sepakat dengan keputusan mu.

AYAT 2

2. Iaitu seorang Rasul dari Allah Yang membacakan (kepada mereka) lembaran-lembaran suci,

AYAT 3

3 Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum Yang benar.

AYAT 4

4. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka Bukti Yang jelas nyata.


AYAT 5

5. Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.

AYAT 6

6. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di Dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. mereka itulah Sejahat

ž

AYAT 7

ž

7. Seungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

AYAT 8

8. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. balasan Yang demikian itu untuk orang-orang Yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Kesimpulannya,marilah kita sama -sama muhasabah diri untuk meningkatkan iman kita..

INSYAALLAH...


No comments: