Sunday, June 12, 2011

Sayang Mereka

Sayang Mereka….

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh….Alhamdulillah, ana rasa bersyukur sangat kerana cuti kali ini dapat bersama-sama dengan ahli keluarga. Namun, di sudut kegembiraan, terselit rasa kesedihan dan hiba tatkala melihat anak-anak saudaraku yang membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Mereka masih kecil lagi, namun, Allah lebih sayang ayah mereka iaitu abang ana yang meninggal dunia hampir tiga tahun yang lalu iaitu sewaktu ana berada di Tingkatan Lima. Rasa kagum melihat ketabahan dan kegigihan kakak ipar ana membesarkan empat orang anak yang masih kecil tanpa suami disisi..Adakah diri ini juga akan tabah jika ditimpa ujian sebegitu.. MasyaAllah, ana rasa ana tidak kuat jika diuji sedemikian..sedangkan diri ini juga belum mampu untuk diurus dengan sebaiknya.

Berikut ialah sedikit kisah tentang anak-anak saudara ini:

Anak sulung arwah abang ana yang pertama baru sahaja berusia 10 tahun. Namanya Alfi Irsyad yang bermaksud SERIBU PETUNJUK. Moga Petunjuk Allah sentiasa mengiringi Irsyad. Dia ni seorang yang agak ego sedikit, erm..biasalah anak sulung ada egonya yang tersendiri. Seorang yang bertanggungjawab ada kalanya namun biasalah kanak-kanak dengan sifat ketidakmatangannya. Dia ni sangat mementingkan waktu. Pada minggu persekolahan, dia akan tidur sharp pukul 9 selepas solat Isya’. Hehehe..bagus dia nie, tak macam makciknya yang seorang ini, masih lagi belum mampu nak urus waktu dengan baik.

Anak yang kedua bernama Alfi Najmi dan berumur 9 tahun. Yang dia nie, banyak kali anggota badannya tercedera. Ish3..lasak sangat nie..time arwah abang ade dulu, Najmi ni pernah menjalani pembedahan mata. Sebabnya Najmi di tengah main dengan Irsyad, kononnya main lawan-lawan la dengan kayu. Last sekali, mata Najmi ni terkena kayu dan terpaksa kena bedah untuk dipulihkan. Alhamdulillah, Allah memberi kesembuhan pada Najmi ni. Kisah kedua Najmi pula ialah tangannya hampir patah. Waktu tu arwah abang ana bawak Najmi ni pergi surau, pastu yang Najmi ni duk main-main kat tangga dengan budak-budak lain, kemudian jatuh dan badannya menghempap tangannya. Bila bawa ke hospital, doktor kata tangannya retak dan kenelah simen.. Hmm..memang lasak kan..normal la bagi kehidupan kanak-kanak. Lasak-lasak dia nie, sangat penyayang orangnya.

Anak yang ketiga pula namanya Alfi Syukri yang baru berumur 4 tahun. Syukri ni kami suka pangggil di ‘Cuki..nama manjanya..Cuki ni lagi la sangat lasak. Dia ni dulu sangat rapat dan manja dengan arwah abang. Time tengah dia galok ade je yang menjadi mangsa cubit, pukul dan tendang dia. Tak boleh ditegur langsung.hehe.. Tapi dia ni bagus..bila dah besar nanti mesti jadi anak yang soleh ye..

Anak yang last pula namanya Alifah Najwa. Baru berumur dua tahun lebih. Kami panggilnya Wawa. Wawa ni lahir pada tahun arwah abang ana meninggal dunia. Wawa lahir bulan Januari 2008 dan abang ana pula meninggal pada bulan Mei 2008. Wawa sempat merasa kasih sayang seorang ayah hanya selama lima bulan sahaja.

Walaupun sekarang ini mereka masih lagi dengan ragam sebagai kanak-kanak, tapi mereka taat pada ibu mereka. Semoga mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah…Cik Adah sayang kamu semua..(Icad, Imi, Cuki dan juge Wawa)… Ana yakin apabila mereka besar nanti, mereka menjadi amilin dalam gerak kerja Islam..amin…Merkalah permata-permata Islam..=)

p/s: Teringat dengar kat radio IKIM, yang kita ni sepatutnya sesame ahli keluarga haruslah saling bantu membantu antara satu sama lain..Pergaduhan antara adik beradik sudah pasti menjadi lumrah apabila berlaku sesuatu masalah, namun kita sebagai muslim, selesaikanlah dengan cara yang baik. Setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.

-Luangkanlah masa anda bersama keluarga dengan sebaiknya, manfaatkan cuti yang ada ini bersama-sama dengan keluarga…=)

-Ajal dan maut di tangan Tuhan..Bersediakah kita untuk berhadapan dengan Sakaratul Maut yang kita tidak tahu bila akan mengunjungi kita..??Tidak kira usia anda muda ke, tua ke, sakit ke, tak sakit ke, apabila sudah tiba ajal, pasti nyawa kita akan ditarik oleh Malaikat Maut…Persiapkanlah diri anda untuk Bersiap Sedia~ (p/s untuk diri sendiri juge)….

-Maaf pada semua kerana entry kali ini berbentuk peribadi, namun ade mesejnya yang ingin ana sampaikan~

Akan bersambung pada entry akan datang…=)

No comments: