Saturday, May 28, 2011

MIRAE

Lagu:miraie
Japanese version:

Chorus:

hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
Verse 1:
haha ga kureta
takusan no yasashisa
ai wo idaite ayume to kurikaeshita
ano toki wa mada osanakute
imi nado shiranai
sonna watashi no te wo nigiri
issho ni ayundekita
Verse 2:
yume wa itsumo
sora takaku aru kara
todokanakute kowai ne
dakedo oitsuzukeru no
Verse 3:
jibun no SUTOORII dakara koso
akirametakunai
fuan ni naru to te wo nigiri
issho ni ayundekita
Break:
sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
hanareta haha e sunao ni narezu…
*ulang chorus dan break*
hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
ending:
mirai e mukatte
yukkuri to aruite yukoo
Terjemahan nya:
Lihatlah langkah anda,
Inilah jalan yang anda lalui,
Lihatlah,apa yang berlaku kelak,
Itulah masa depan anda.
Ibuku banyak berikan tunjukajar,
"Pelukan sayang dan majulah" ulanginya
Akan tetapi ketika itu aku masih kecil dan x
mengerti apa yang diucapkan,
Namun,dia tetap berikanku inspirasi,
Bersama2,aku peroleh kejayaan.
Keindahan mimpi datangnya dari langit yang tinggi,
Namun begitu,ia seolah2 lumpuhkan semangatku
sehingga aku mungkin tidak dapat kecapinya,
Dengan semangat yang ada,aku cuba
mencapainya dan aku tidak akan putus asa,
Namun,dia tetap berikanku inspirasi,
Bersama2,aku peroleh kejayaan.
Namun,semangat itu mula menghilang,
Kerana ibu meninggalkan aku dan ia adalah takdir
yang x dapat aku terima…
Bersabarlah,
ketika menuju masa akan datang…
P/s:
Kesimpulannya,kita perlulah berusaha untuk
mencapai kehidupan akan datang yang
bahagia.Kita jgn mudah berputus asa dengan
kegagalan sekarang.Ambillah ia sebagai satu
pengajaran untuk perbaiki diri dan kita x boleh juga
berbangga dengan kejayaan kita sekarang.Kita
juga perlu lebih baik dari ape yang ada
sekarang….Tanpa bantuan tunjukajar dan
semangat juga kita tidak dpt mencapai apa yang
diimpikan selama ini…….Oleh itu,marilah kita
majukan diri dan usaha yang kuat untuk menuju
kejayaan dunia dan akhirat.Bersusah2 dulu,baru
bersenang lenang……….."

Wednesday, May 25, 2011

~STRIVE ILA MARDHATILLAH~



wahai sahabat2..
Sudah menjadi fitrah naluri ingin disayangi dan menyayangi bagi seseorang. Namun bagaimana kita menyalurkan cinta tersebut telah pun digariskan oleh Allah s.w.t. Islam tidak pernah menafikan fitrah ini malah memandu kita bagaimana cara yang sebenar. Sekiranya kita rasa diri kita sudah mampu untuk mendirikan masjid, maka dirikanlah dan jangan tangguh-tangguhkannya. Tapi sekiranya kita belum lagi berkemampuan, sama ada dari segi kekangan keluarga, belajar, kewangan dan lain-lain lagi, maka mohonlah pertolongan daripada Allah agar urusan kita dipermudahkan. Perkara paling penting sekali ialah berfikirlah berpandukan dengan iman bukan dengan nafsu anda dalam melakukan sebarang tindakan agar kita tidak dimurkai oleh Allah s.w.t.

Suka ana ingin kongsikan satu artikel mengenai CINTA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM dari blog http://chitchat85.blogspot.com...

~SamA-SaMa KiTa RenUngkan~


http://chitchat85.blogspot.com/2008/04/cinta-menurut-perspektif-islam.html

Penulis: Abdurahman al-Baghdadi


Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu. Darinya, Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya. Kemudian, setelah dicampurinya, isterinya mengandung kandungan yang ringan dan dia terus merasa ringan(beberapa waktu). Selanjutnya, tatkala dia merasa berat, keduanya(suami isteri) berdoa kepada Allah, Tuhan mereka, seraya berkata,


“ Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.”(QS al-A’raf[7]: 189)


Setiap manusia tidak mengira apa jua zaman, bangsa dan tempat tinggal telah dikurniakan oleh Allah swt, sebuah naluri untuk mengasihi dan juga dikasihi ( gharizatun nau’). Perasaan ini boleh jadi terhadap ibu bapa, adik beradik dan ada masanya terhadap seorang lelaki atau wanita yang halal bernikah dengannya. Islam mengiktiraf naluri ini, bukan menekannya dengan menganggap ia satu fitrah yang kotor, malah menunjukkan kepada semua umat manusia bagaimana pengaturan untuk menyalurkan naluri tersebut. Pengaturan tersebut ditunjukkan hanya melalui perkahwinan.


Dalam hal ini, Ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang telah mampu memikul tanggungjawab, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya, siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai baginya.


Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud sebagai berikut:
Ada tiga orang yang berhak ditolong Allah:(1) seorang mujahid di jalan Allah, (2) seorang yang bernikah kerana ingin menjaga kehormatannya, (3) mukatib yang bekerja untuk memerdekakan dirinya.


Terdapat banyak nash lain yang menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan jalan yang ditunjukkan bagi meluahkan naluri kasih sayang bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram, selain terhadap hamba wanita.


Sebelum berlakunya pernikahan, walau sudah bertunang (khitbah) tidak boleh ada interaksi yang menunjukkan peluahan naluri tersebut. Tidak boleh mengatakan ‘saya sayang awak’, ‘I Love You’, apatah lagi keluar bersama untuk makan, shopping atau sebagainya. Tetapi sayangnya, kehidupan hari ini bercinta sebelum bernikah telah menjadi lumrah dalam masyarakat.


Tidak pernah timbul dalam Islam istilah boyfriend, girlfriend, pakwe, makwe, gewe, mata air dan sebagainya. Ini hanya wujud apabila umat Islam hidup dalam sistem yang bukan Islam yang menggalakkan peluahan naluri kasih sayang dan seksual secara bebas. Kita disajikan dengan klasik-klasik cinta seperti Romeo dan Juliet, Titanic, Mohabbatein, Mistress Hermanas, Mr Cinderella ,Alexander dan sebagainya. Akibatnya, umat Islam terpengaruh dan dijanjikan dengan khayalan-khayalan yang kononnya bercinta (sebelum bernikah) itu penuh dengan keasyikan dan mengarahkan ke jinjang pelamin. Ini semua hanyalah bisikan syaitan, sedangkan pada hakikatnya, ia adalah menghampiri zina(jika tidak terlanjur berzina), maksiat yang membawa ke neraka Allah. Sepatutnya jika pernah terlibat dengan maksiat sebegini bertaubatlah, manakala jika kita sendiri sedang asyik bercinta, tinggalkan serta merta, bertaubat dan mohonlah keampunan dari Allah swt. Jangan sampai sakaratul maut baru kita mahu bertaubat, sudah terlambat.



“Janganlah kamu menghampiri zina” (Al-israk : 32)


“ Dan tidak ada orang yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dan tidak berdasarkan kepada petunjuk Allah. ( Al-Qasas: 50)


Suatu yang menyedihkan. biasa kedengaran ibu bapa yang tak membenarkan anak mereka bercinta di bangku sekolah, dengan alasan ditakuti mengganggu pelajaran. Kalau dah kerja atau masuk universiti tak mengapalah. Adakah ini pemikiran Islam, atau adakah ini merupakan kesesatan berfikir umat Islam hari ini akibat hidup dalam sistem kapitalis yang sememangnya menyogokkan kepada kita budaya materialisme, hedonisme dan sebagainya. Dan ramai antara umat Islam tanpa disedari mengamalkannya.


Jadi, bagaimana cara yang ditunjukkan oleh Islam dalam mengatur hubungan antara lelaki dan wanita. Pada asasnya, kehidupan lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah terpisah kecuali pada perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak seperti bekerja, berjual beli, dakwah dan belajar. Walaupun demikian, hendaklah dihadkan interaksi tersebut sekadar kepada keperluan.
Maka bagi mereka yang telah bertunang, diperbolehkan berjumpa dengan ditemani mahramnya untuk membincangkan hal pernikahan, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pertunangan bukan lesen untuk bercinta, keluar dating dan sebagainya.

Sabda Rasulullah(S.A.W)


“hendaklah kamu berjaga-jaga agar tidak berkhalwat dengan wanita”

(sahih Bukhari/Muslim)

“jangan ada di antara kamu yang berduaan dengan wanita kecuali jika disertai muhrimnya
”(Sahih Bukhari)
“barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah kamu berduaan bersama wanita tanpa disertai oleh muhrimnya kerana jika lelaki dan wanita duduk berduaan maka pihak ketiganya adalah syaitan”


Wahai seluruh umat Islam yang rindukan syurga Allah, laksanakanlah Islam secara keseluruhan. Bukan soal ijtima’i(sosial) ini sahaja, malah segala yang telah disyariatkan . Ia termasuk peribadatan khusus seperti solat, puasa juga berkaitan dengan cara hidup(mabda’) melibatkan politik, ekonomi, uqubat, dasar luar negara, pemerintahan, pendidikan dan sosial ini sendiri. Semua masalah ini hanya dapat diselesaikan dan kewajipan tersebut hanya mampu dilaksanakan apabila tertegaknya kembali sistem khilafah Islam yang mengikut jalan kenabian.


“Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, hendaklah kamu menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari mungkar atau Allah akan menurunkan kepada kamu seksaan dari sisi-Nya, sehingga kamu berdoa kepada-Nya, maka Allah tidak mengabulkan doa-doa kalian” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

~STRIVE ILA MARDHATILLAH~

Berakhirnya SEM1..


~Semoga kita tabah menghadapi segala ujian yang Allah beri kepada kita~

Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah, peperiksaan sudah pun menutup tirainya bagi semester 1 ini. Berakhirnya peperiksaan ini maka berakhirlah semester1 ini. Akan tetapi bukan bermakna perjuangan terhenti di sini. Cukup perit rasanya melalui hari-hari dalam hidup sekiranya kita tidak ikatnya dengan keyakinan pada Allah s.w.t. Segala kekurangan dan kelemahan yang banyak ana lakukan sepanjang semester ini, ana mohon ribuan kemaafan kepada semua. Terutamanya sekali kepada roomate ana, sahabat-sahabat ana dalam unit PISMP PAI1 Ambilan Januari 2011, ahli jawatankuasa Biro Agama Kerohanian dan Moral dan juga sahabat-sahabat yang lain. Ana akui ana banyak membuat antum dan antunna terasa dan sakit hati. Ana akui segala kekhilafan ana ini dan ana mohon sahabat-sahabat semua sudi untuk memaafkan ana. Ana tidak mampu untuk menjadi sahabat yang baik untuk antum dan antunna semua. Halalkan segala ilmu yang pernah dikongsi dan sekiranya ana ada hutang yang terlupa untuk dibayar segeralah maklumkan pada ana.



Hari-hari sepanjang semester ini banyak mengajar ana tentang erti kehidupan yang sebenar. Banyak perkara yang ana pelajari sepanjang sem ini. Perkara yang paling penting sekali ialah bagaimana kita menyusun waktu kita. Bermula daripada awal sem lagi ana akui masih lagi belum mampu untuk menyusun waktu dengan baik. Tugasan yang diberi oleh pensyarah mesti akan dibuat pada minit-minit yang terakhir. Tugasan berkumpulan pun banyak yang ana tidak dapat terlibat secara sepenuhnya. Maafkan ana kerana tidak mampu memberi sumbangan yang terbaik wahai sahabat-sahabat yang sekumpulan dengan ana. Bertambah lagi dengan kerja-kerja yang lain yang kadang-kadang menyebabkan kita rasa tertekan. Namun, pengurusan masa yang baik pasti akan menjadikan kita mampu untuk menyelesaikan segala tugasan dengan baik. Bak kata pepatah arab, masa itu seperti pedang, sekiranya kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Masa sangat mencemburui kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan setiap detik, saat, minit, jam, hari, minggu, tahun, dan kehidupan kita ini agar kita semua mendapat keredhaan ALLAH Ta'ala.


Beberapa hari ini, ana dihantui semula dengan kisah silam yang kembali muncul dalam kehidupan ana. Ya Allah, ku mohon padaMu agar kuatkanlah hatiku dalam menghadapi segala ujian dan dugaan ini. Kesilapan yang lepas sangat menjadikan pengajaran yang bermakna dalam kehidupanku. Ku tidak sanggup untuk mengulang kembali segala kesalahan yang pernah ku lakukan. Semoga pisang tidak berbuah dua kali. Cukuplah dengan apa yang berlaku pada seketika waktu dahulu. Ku ingin redhaMu dalan setiap langkah perjalanan hidup ini. Bimbinglah dan bantulah diriku agar sentiasa dan terus istiqamah dalam perjuangan ini. Diri ini insan yang lemah dan perlukan petunjukMu pada setiap masa. Iringilah langkahku dengan HidayahMu agar ku tidak terus terleka dan terbuai dengan nikmat dunia yang sementara.

InsyaALLAH, mulai semester hadapan, ana berharap agar mampu untuk mengubah diri ana ini kepada yang lebih baik. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Segala kekurangan akan cuba untuk diperbaiki dan mohon kepada sahabat-sahabat semua untuk menegur ana sekiranya nampak ana melakukan kesalahan. Pengalaman semester ini menjadi pengorak langkah untuk ana buat yang terbaik bagi semester hadapan. Sem depan, ada subjek Bahasa Arab dan ana sangat merindui untuk belajar Bahasa Arab memandangkan sem ni tidak ada subjek Bahasa Arab dan yang paling best sekali, ana menjadi AJK Bahasa Arab. Semoga tanggungjawab ini mampu dipikul dengan sebaiknya dan ana akan cuba buat yang terbaik.



Akhir sekali, semoga apa yang kita lakukan ini sentiasa mendapat keredhaan Allah. Perbaharuilah niat agar kita tidak tersalah niat dalam melakukan sesuatu. Terutamanya ketika melakukan kebaikan, kita rasa apa yang kita lakukan ini sudah terbaik, akan tetapi disebabkan niat kita yang terpesong menyebabkan amalan kebaikan yang kita lakukan menjadi sia-sia dan tidak dipandang oleh Allah. Kadang-kadang kita lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah. Kadang-kadang kita terlebih pergantungan kepada manusia berbanding kebergantungan kita pada Allah. Sama-samalah kita muhasabah dan refleksi diri agar sentiasa berada di jalan yang betul.



~STRIVE ILA MARDHATILLAH~LET'S GO~




Sangat suka lirik lagu ni, sama-sama kita ambil iktibar ye~

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan…
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan…
Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan…
Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan…
Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya…

Tajuk Nasyid : Epilog Silam
Artis : Haikal
Album : Erti Pengorbanan

Lirik lagu ini memberikan kesan yang mendalam bagi sesiapa yang menghayatinya..
Semoga kita semua mendapat maghfirah daripada ALLAH..

~SeGaLa YaNg BaiK Itu DaTangNya DaripaDa Allah Dan YaNg BuruK itu DataNg Daripada KekhilaFan AnA sendiri sebagAi HamBa Allah YaNg LeMah..~

~Wallahua'Lam~

=)

Monday, May 9, 2011

UKHUWAH





Assalamu’alaikum sahabat-sahabat semua. Sudah lama rasanya ana tidak mengaktifkan diri dalam update blog ana ini. Kesibukan dan komitmen dalam kerja lain menyebabkan ana tidak dapat bergiat aktif dalam penulisan blog bagi semester ini. Bermula daripada minggu ini merupakan ‘study week’ bagi pelajar-pelajar di IPG KDRI ini. Walaubagaimanapun, ana bukanlah jenis yang mengulangkaji awal, jadi sangat cemburulah melihat sahabat-sahabat yang study awal ini kerana ana sendiri tidak mempunyai kemampuan untuk study awal. Tapi tidak mengapa, ana sentiasa mendoakan sahabat-sahabat semua agar kita sama-sama mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini. InsyaAllah..

Kerinduan yang sangat mendalam kepada keluarga di kampung kerana sudah dua bulan ana tidak pulang ke rumah. Ketika ramai yang pulang ke rumah pada cuti hari buruh haritu, ana membuat keputusan untuk tinggal di asrama sahaja. Lagipun, ramai pula sahabat-sahabat yang tidak pulang ke rumah pada waktu tersebut. Cuti tersebut ana manfaatkan dengan membuat lawatan cuti-cuti satu Malaysia. Bunyi macam hebat sahaja kan, padahal ana cuma berjalan ke Pantai Menggabang Telipot sahaja. Sehari sebelum tu, ana sempat menghabiskan masa bersama dengan adik-adik usrah di pantai tersebut.
Memandangkan liqa’ tersebut merupakan liqa’ yang terakhir untuk adik-adik ini bagi semester ini, ana dan juga kak wan mengambil kesempatan kali ini bagi memberi sedikit taujihat dan peringatan sebelum adik-adik ini bergelar sebagai seorang naqibah pada semester hadapan. Banyak input yang berguna yang dikongsikan oleh kak wan untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian. Berakhirnya liqa’ terakhir ini bukan bermakna ukhuwah kami akan berakhir. Akan tetapi seperti yang kita maklum bahawa usrah bermula selepas Tasbih Kafarah dan Surah Al’Asr.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Bandingan orang mukmin dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasai sakit”
(Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya)

HATI YANG PALING ALLAH KASIH
ADALAH HATI YANG PALING LEMBUT UNTUK SAUDARANYA,
PALING BERSIH DALAM KEYAKINANNYA,
DAN PALING CEKAL DALAM BERAGAMA

Sunday, May 8, 2011

BUKU-BUKU YANG HARUS DIBACA...

KARYA FATHI YAKAN
-Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah
-Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam
-Generasi Pemuda dan Perubahan
-Maza Yakni
-Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam

KARYA HASAN AL-BANNA
-Risalah Tsulasa'
-Allah Dalam Aqidah Islamiah
-Antara Semalam dan Hari Ini
-Buku Wahai Pemuda
-Hari Esok Untuk Islam
-Himpunan Risalah Hassan Al-Banna
-Ke Mana Kita Menyeru
-Risalah Ta'alim
-Satu Saranan
-Syarah Usul 20
-Usrah dan Dakwah

Karya Syeikh Mustapha Masyhur
-Al Imam Al Banna Memperingati Kesyahidahannya
-Al Jihad adalah Jalan
-Dakwah Fardiah
-Iman Senjata Utama Takwa Bekalan Utama
-Kamulah Mulia JIka Kamu Beriman.
-Kewajiban Orang Arab Ke Atas Peristiwa
-Konspirasi Musuh Islam
-Siri Mengenal Masalah Ummat
-Tariq Ad-Dakwah

Karya Umar Tilmisani
-Negara Penerapan Nilai Islam

Karya Syed Qutb:
-Beberapa Studi Tentang Islam
-Manhaj Hidup Muslim
-Petunjuk Sepanjang Jalan
-Haza Ad-Deen

Karya Abul A'la Al-Maududi:
-apa Ertinya Anda Seorang Muslim
-Asas asas ahklak dalam harakah Islamiyyah.
-Asas-asas Islam.
-dasar-dasar Islam.
-Islam Dan Jahiliyyah.
-Peranan Pelajar.
-Proses revolusi Islam.
-Syahadatul Haqq.
-Tanggungjawab pemuda.

p/s: UntUk Sahabat sumer...jom kita baca buku2 nie..smntara masih ada mse..penuhkan diri anda dengan perkara bermanfaat...ucu x mmpu nk beli sumer buku2 nie..semalam bila tgk laptop...x sangka rupanya dalam laptop ni ada dh PDF2 nie..tpi slow.....

UMAR TILIMISANI

(Mursyid ‘Aam III Ikhwanul Muslimin, 1322 – 1406 H/1904 – 1986 M)

Syaikh Umar Tilmisani adalah salah seorang dari tokoh-tokoh da’i dan murobbi. Nama lengkapnya Ustadz Umar Abdul Fattah bin Abdul Qadir Musthafa Tilmisani. Beliau pernah menjabat sebagai Mursyid ‘Aam Ikhwanul Muslimin setelah wafatnya Mursyid ‘Aam kedua, Hasan Hudhaibi pada bulan November 1973.

TEMPAT, TANGGAL LAHIR DAN MASA KECIL SYAIKH UMAR TILMISANI

Garis keturunan Syaikh Umar Tilmisani berasal dari Tilmisan, Aljazair. Beliau dilahirkan di kota Cairo pada tahun 1322 H/1904 M, di jalan Hausy Qadam, Al Ghauriyah. Ayah dan kakeknya merupakan pedagang kain dan batu permata.

Kakek beliau merupakan seorang salafi yang banyak mencetak buku-buku karya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, karena itu beliau hidup dan besar dalam suasana yang jauh dari bid’ah. Syaikh Umar Tilmisani mendapat pendidikan awal di sekolah yang dikelola oleh yayasan sosial tingkat menengah dan atas di Madrasah Ilhamiyah, kemudian melanjutkan pendidikan ke Fakultas Hukum. Tahun 1933 beliau lulus dari Fakultas Hukum kemudian menjadi pengacara di Syabin Al-Qanathir dan bergabung dengan jama’ah Ikhwanul Muslimin.

Syaikh Umar Tilmisani merupakan pengacara pertama yang bergabung dengan Ikhwan, mewakafkan pemikiran dan potensi untuk membelanya. Beliau merupakan orang kuat Hasan Al-Banna. Beliau sering menyertai Al-Banna dalam beberapa kunjungan, baik di dalam maupun di luar Mesir. Bahkan, Imam Syahid sering meminta bantuannya dalam menyelesaikan beberapa masalah.

Syaikh Umar Tilmisani nikah ketika masih duduk di bangku Sekolah Menengah Atas. Istrinya wafat pada bulan Agustus 1979 setelah menyertainya selama setengah abad lebih. Dari perkawinannya itu, mereka dikaruniai empat orang anak : Abid, Abdul Fattah dan dua orang putri.

Kesibukan beliau sebagai pengacara tidak membuatnya lupa untuk selalu menuntut ilmu. Beliau banyak menelaah berbagai ilmu, seperti : tafsir, hadits, fiqh, sirah, tarikh dan biografi para tokoh. Syaikh Umar Tilmisani juga mengikuti perkembangan berbagai konspirasi musuh-musuh Islam, baik di dalam maupun di luar Mesir. Beliau sangat serius dalam mengkaji dan menentukan sikap serta menentang konspirasi dengan bijaksana dan nasihat yang baik. Beliau juga membantah tuduhan-tuduhan, mengikis syubhat-syubhat dengan ‘izzah seorang mukmin yang faham ketinggian agamanya dan kehinaan selain Islam. Tiada penolong selain Allah Ta’ala dan tiada agama yang diridhai selain Islam.

KOMITMEN DIRI SYAIKH UMAR TILMISANI

Syaikh Umar Tilmisani meninggalkan kesan positif pada setiap orang yang mengenal dan berhubungan dengannya. Beliau dikaruniai kejernihan hati, kebersihan jiwa, kehalusan ucapan, keindahan ungkapan yang keluar dari lisannya, lidah yang fasih dengan teknik berdebat dan dialog yang sangat tersusun. Beiau menceritakan tentang dirinya : “Karena itu saya tidak bermusuhan dengan siapapun, kecuali dalam rangka membela kebenaran atau mengajak menerapkan Kitabullah. Kalaupun ada permusuhan, maka itu berasal dari pihak mereka, bukan dariku. Saya bersumpah untuk tidak menyakiti seorangpun dengan kata-kata kasar, meskipun tidak setuju dengan kebijakannya atau bahkan dia menyakitiku. Karena itu, tidak pernah terjadi permusuhan antara diriku dengan seseorang karena masalah pribadi”.

Tidak berlebihan kalau disimpulkan bahwa siapapun yang keluar dari majelisnya pasti mengagumi, menghormati, dan mencintai da’i unik yang menjadi murid Imam Hasan Al-Banna ini. Da’i yang lulus dari madrasah Ikhwan, bergabung dengan jama’ahnya sebagai da’i yang tulus dan ikhlas.

AKHLAK DAN SIFAT SYAIKH UMAR TILMISANI

Syaikh Umar Tilmisani sangat pemalu, seperti diketahui orang-orang yang mengenalnya dari dekat. Orang yang sering duduk dan berdialog dengan Syaikh Umar Tilmisani merasakan betapa keras dan lamanya ujian yang beliau alami di penjara, malah mensterilkan dirinya sehingga tiada tempat di dalam dirinya kecuali kebenaran. Beliau mendekam di penjara selama hampir dua puluh tahun. Beliau masuk penjara pada tahun 1948 dan masuk lagi pada tahun 1954. Penguasa Mesir memenjarakannya untuk ketiga kalinya tahun 1981. Namun ujian-ujian itu tidak mempengaruhi dirinya, bahkan justru menambah ketegasan dan ketegarannya.

Dalam wawancara dengan majalah Al-Yamamah Arab Saudi edisi 14 Januari 1982, Syaikh Umar Tilmisani berkata, “Tabiat yang membesarkanku membuatku benci kekerasan, apapun bentuknya. Ini bukan hanya sekedar sikap politik, tapi sikap pribadi yang terkait dengan struktur keberadaanku. Bahkan, andai dizalimi, saya tidak akan menggunakan kekerasan. Mungkin saya menggunakan kekuatan untuk mengadakan perubahan, tetapi tidak untuk kekerasan.”

SURAT UNTUK PRESIDEN

Dalam surat terbuka untuk Presiden Mesir yang dimuat dalam surat kabar Asy-Sya’ab Al-Qahiriyyah edisi 14 Mei 1986, Syaikh Umar Tilmisani berkata, “Wahai Presiden Yang Mulia, yang terpenting bagi kami, kaum muslimin Mesir adalah menjadi bangsa yang aman, stabil dan tenang di bawah naungan syari’at Allah Ta’ala. Sebab kemaslahatan umat ini terletak pada penerapan syari’at-Nya. Tidak berlebihan bila saya katakan, bahwa penerapan syari’at Allah Ta’ala di Mesir akan menjadi pembuka kebaikan bagi seluruh wilayahnya. Dengan itulah, penguasa dan seluruh rakyat mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.”

NASEHAT-NASEHAT SYAIKH UMAR TILMISANI

Dalam untaian nasehat yang disampaikan kepada generasi muda Ikhwan, Syaikh Umar Tilmisani berkata, “Tantangan yang dialami da’i sangat berat dan sukar. Kekuatan material berada di tengah-tengah musuh-musuh Islam yang bersatu untuk memerangi umat Islam, meskipun mereka memiliki kepentingan yang berbeda. Jama’ah Ikhwanul Muslimin sekarang menjadi sasaran tembak mereka.

Menurut logika dan akal manusia, pasukan Thalut yang beriman tidak mampu melawan Jalut dan tentaranya. Tetapi, ketika pasukan kaum mukmin yakin kemenangan itu datang dari Allah Ta’ala, bukan hanya bergantung pada jumlah pasukan dan kelengkapan persenjataan, maka mereka dapat mengalahkan Jalut dengan izin Allah Ta’ala.

Saya tidak meremehkan kekuatan pribadi, juga tidak meminta da’i selalu membisu, zikir dengan menggerakkan leher ke kanan dan ke kiri, memukulkan telapak tangan dan menengadahkan dagu, karena itu semua bencana yang membahayakan dan mematikan. Sesungguhnya yang saya inginkan ialah berpegang teguh dengan wahyu Allah Ta’ala, berjihad dengan kalimat yang benar, tidak menghiraukan gangguan, menjadikan diri sebagai teladan dalam kepahlawanan, bersikap ksatria, istiqomah dan yakin bahwa Allah Ta’ala pasti menguji hamba-hamba-Nya dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, agar dapat diketahui siapa yang tulus dan siapa yang munafik. Aspek-aspek inilah yang merupakan faktor-faktor penyebab kemenangan. Kisah-kisah di dalam Al-Quran merupakan argumen paling baik dalam masalah ini.
Semangat pemuda yang diiringi pemahaman mendalam tidak memerlukan banyak eksperimen, tetapi sangat memerlukan kesabaran, kekuatan dan komitmen pada aturan Al-Quranul Karim, dan mengkaji sirah generasi pendahulu yang telah menerapkannya di setiap aktivitas mereka. Itu penting, agar Allah Ta’ala mengkaruniakan kemengangan, kemuliaan dan kekuasaan yang hampir dianggap mustahil”.

ISTIQOMAH DAN KEBERANIAN SYAIKH UMAR TILMISANI

Ustadz Umar Tilmisani dikenal sebagai seorang yang tegas di dalam maupun di luar penjara. Beliau tidak pernah tunduk pada ancaman atau intimidasi. Beliau juga dikenal sebagai seorang yang zuhud, ‘iffah (menjaga kehormatan), hanya takut kepada Allah Ta’ala dan selalu mengharap ridho-Nya.

Syaikh Umar Tilmisani berkata, “Saya tidak pernah takut kepada siapapun selama hidupku, kecuali kepada Allah Ta’ala. Tidak ada yang dapat menghalangiku mengucapkan kebenaran yang saya yakini, meskipun orang lain merasa berat dan saya mendapatkan kesusahan karenanya. Saya katakan apa yang saya yakini dengan tenang, mantap dan sopan, agar tidak menyakiti pendengar atau melukai perasaannya. Saya juga berusaha menjauhi kata-kata yang mungkin tidak disukai lawan bicaraku. Dengan cara seperti itu, saya mendapatkan ketenangan jiwa. Andai cara ini tidak dapat merekrut banyat kawan, maka berdiam diri menjagaku dari kejahatan lawan.”

Sikap tulus dalam ucapan, serius bekerja, berani menghadapi persoalan, istiqomah dan teguh menghadapi tantangan dari dalam maupun dari luar adalah ciri khas Ustadz Umar Tilmisani. Dalam dialog terbuka di kota Ismai’iliyah yang dihadiri Ustadz Umar Tilmisani dan disiarkan langsung di radio dan TV, Presiden Anwar Sadat menuduh jama’ah Ikhwanul Muslimin sebagai dalang dari fitnah Sekretariat. Anwar Sadat juga melontarkan tuduhan palsu lainnya kepada Ikhwan. Tidak ada pilihan bagi Ustadz Tilmisani kecuali berdiri menjawab tuduhan Anwar Sadat, “Siapapun yang berlaku zalim kepadaku, maka biasanya saya adukan kepada Anda. Karena Anda rujukan tertinggi – setelah Allah Ta’ala – buat orang-orang yang mengadu. Sekarang, kezaliman itu datang dari Anda, karena itu saya adukan Anda kepada Allah Ta’ala !”.

Mendengar itu semua, Anwar Sadat terkejut dan gementar, kemudian meminta agar Ustadz Umar Tilmisani menarik kembali pengaduannya. Ustadz Tilmisani menjawab dengan tegas, sopan, dan menegaskan, "Saya tidak mengadukan Anda kepada pihak yang zalim, tapi kepada Zat Yang Maha Adil. Dialah yang mengetahui segala yang saya katakan!"

GAYA HIDUP SYAIKH UMAR TILMISANI

Gaya menawan dalam dialog yang mewarnai setiap tindakan Syaikh Umar Tilmisani bukanlah tindakan yang dibuat-buat. Itulah ciri khas yang melekat pada ucapan, perilaku, akhlak, dan interaksinya; baik dengan individu, jamaah,pemimpin, penguasa, dan majoriti manusia, tanpa membeda-bedakan orang kecil atau orang besar, orang miskin atau orang kaya. Syaikh Umar Tilmisani sangat meyakini prinsip Ikhwanul Muslimin yang diambil dari Al-Qur'an, As-Sunah, dan ijma’ para ulama’.

JAMAAH SYAIKH UMAR TILMISANI

Syaikh Umar Tilmisani berpendapat, Jamaah Ikhwanul Muslimin adalah gerakan Islam yang tulus dan murni. Syaikh Umar Tilmisani berkata, "Orang yang menghayati langkah-langkah Ikhwanul Muslimin, semenjak berdirinya pada tahun 1347 H./I928 hingga hari ini, tidak akan menjumpai sesuatu pun kecuali serangkaian pengorbanan berkesinambungan untuk menegakkan aqidah, potensi optimum yang produktif di semua sektor kegiatan sosial, berupaya mengukuhkan ikatan persaudaraan antara berbagai-bagai bangsa muslim, dan usaha menyebarkan perdamaian di seluruh negara.
Ikhwanul Muslimin diperangi berbagai aliran; baik dari dalam maupun luar negeri.
Meskipun demikian, Ikhwanul Muslimin tidak pernah sekali-kali berusaha menyebarkan fitnah, memecah-belah persatuan, menghancurkan lembaga-lembaga lain, berdebat secara anarkis, atau menbuat fitnah untuk menjatuhkan seseorang."

Ciri khas lain Syaikh Umar Tilmisani ialah menyejukkan, membangunkan semangat, dan dasar interaksinya yang setia, meskipun terhadap orang yang tidak pernah mau sepakat, bahkan memerangi Ikhwanul Muslimin. Syaikh Umar Tilmisani berwasiat, "Muslim tidak mengenal istilah 'agama milik Allah dan tanah air milik semua orang." Setiap muslim meyakini segala yang ada di alam ini milik Allah Ta'ala semata. Siapa yang berusaha mengubah makna ini merupakan penipu yang ingin merampas sumber kekuatan negara, agar mudah dikhianati. Orang muslim tidak mengenal pemisahan
antara agama dan negara. Mereka yakin sepenuhnya pemerintah tidak mempunyai hak
bersama Allah Ta'ala., sebab apabila diyakini pemerintah mempunyai hak bersama Allah Ta 'ala, maka pemerintah menjadi sekutu bagi-Nya. Sedang muslim tidak mengakui kemusyrikan dalam bentuk apa pun."

SIFAT ZUHUD, TAWADHU, DAN SEDERHANA SYAIKH UMAR TILMISANI

Ustadz Umar Tilmisani adalah dai, murabi, dan pemimpin yang hidup secara tulus dengan Allah Ta 'ala, berjuang untuk menegakkan agama-Nya, aktif dalam dunia dakwah, bersabar, selalu meningkatkan kesabaran, berjaga, berjihad, berpegang teguh pada tali agama Allah Ta'ala yang kokoh, dan bekerjasama dengan mujahid yang tulus, baik ketika menjadi perajurit atau pemimpin, di penjara atau di luar penjara.

Beliau tidak pernah mengubah sikap, pembohong, menyimpang, tamak terhadap keindahan dunia dan kekuasaan. Beliau meninggalkan kehidupan yang penuh dengan bunga-bunga dunia, untuk menghadap Allah Ta 'ala.Beliau tinggal di apartment yang sangat sederhana dan bersyukur dengan hidupnya, tanpa memaksakan diri. Saya (penulis artikel ini-Red) sedih hingga air mataku ingin keluar membasahi pipi, tapi saya berusaha menahannya karena khuatir beliau menyadarinya. Apalah artinya kita jika dibandingkan dengan orang-orang yang telah dibebaskan imannya dari penyakit cinta dunia, dan mengorbankan apa saja untuk memperjuangkan agama! Apartment Syaikh Umar Tilmisani berada di lorong sempit Komplek Al-Mulaiji Asy-Sya'biyah AI-Qadimah, wilayah Ath-Thahir Kairo. Tangga menuju ke kediamannya sudah tua dan usang, dan perabotnya sangat sederhana. Padahal beliau berasal dari keluarga yang kaya-raya dan berstatus tinggi. Ini semua mencerminkan kezuhudan, kesederhanaan, dan ketawadhuannya. Syaikh Umar Tilmisani dicintai pemuka masyarakat Mesir di semua lapisan. Orang-orang Qibthi juga mencintai dan menghormatinya. Bahkan ahli kerajaan pun amat menyeganinya dan mengakui sifat-sifat mulianya.

Seluruh anggota Ikhwanul Muslimin menganggapnya sebagai contoh teladan, berlomba-lomba untuk menimba ilmunya, dan berebut untuk melaksanakan seruannya. Ini karena cinta kepada Allah Ta 'ala merupakan landasan interaksi mereka, penerapan syariatNya merupakan target mereka, dan keredhaanNya tujuan mereka.

Kunjungan Syaikh Umar Tilmisani ke berbagai negara Islam; baik Arab maupun non-Arab, dan kaum muslimin di tempat pengasingan, adalah penglipur lara luka-luka
umat, sekaligus memberi bimbingan untuk kaum muslimin dalam melakukan apa yang
seharusnya dilakukan untuk agama, umat, dan tanah air mereka. Seluruh kajian, ceramah, dialog, nasihat, bimbingan, dan ucapan Syaikh Umar Tilmisani memberi motivasi kepada umat, terutama para pemuda, intelektual, dan golongan ulama, agar memikul tanggungjawab dan menunaikan peranan dalam mengembalikan kejayaan Islam, sesuai dengan posisi dan bakat masing-masing. Inilah tugas dai di setiap masa dan tempat, sebab inilah risalah yang dibawa oleh para rasul yang diwariskan kepada ulama, aktivis pergerakan, dai yang tulus, dan kaum mukminin yang ikhlas.

KARYA-KARYA SYAIKH UMAR TILMISANI

Ustadz Umar Tilmisani menyumbangkan khazanah pemikiran Islam menerusi beberapa karya tulisan dalam beberapa tema. Antara karyanya yang paling terkenal ialah:
1. Syahidul Mihrab 'Umar Ibnu Al-Khathab.
2. Al-Khuruj Minal Ma'zaqil Islamir Rahin.
3. Al-Islamu wal Hukumatud Diniyah.
4. Al-Islamu wal Hayah.
5. Araa Fid Din Was Siyasah.
6. Al-Mulhimul Mauhub Hasanul Banna;Ustadzul Jil.
7. Haula Risalah (Nahwan Nur).
8. Dzikrayat La Mudzakkirat.
9. Al-Islam wa Nazhratuhus Samiyab Lil Mar'ah.
10. Ba'dhu Ma 'Allamanil Ikhwanul Muslimun.
11. Qalan Nasu Walam Aqulfi Hukmi 'AbdinNasir.
12. Ayyam Ma'as Sadat.
13. Min Fiqhil I'lamil Islami.
14. Min Sifatil 'Abidin.
15. Ya Hukkamal Muslimin, Ala Takhafunallah?.
16. Fi Riyadhit Tauhid.
17. La Nakhafus Salam, Walakin.

Ditambah lagi karya tulisan berupa pengantar redaksi didalam majalah Ad-Dakwah Al-Qahiriyah, makalah tentang persoalan Islam yang dimuat dalam berbagai majalah dan surat khabar, ceramah di seminar; baik di negara-negara Arab, Islam, maupun Barat, kajian, dan bimbingan yang disampaikan dalam program-program Ikhwan.

KOMENTAR UMUM TENTANG SYAIKH UMAR TILMISANI

Dalam bukunya, 'Umar Tilmisani Al-Mursyid Ats-Tsalis Lit Ikhwan Al-Muslimun, Ustadz Muhammad Said Abdur Rahim menyatakan, " Thaghut (penguasa zalim; Abdun Naser) meninggal dunia, lalu para tahanan yang meringkuk di dalam penjara selama bertahun-tahun dikeluarkan, Ujian yang menimpa mengukuhkan jiwa, dan menguatkan tekad mereka. Fisik mereka memang menjadi lemah, tetapi ruh mereka semakin rindu
kepada apa yang ada di sisi Allah Ta 'ala dan menganggap dunia tidak ada artinya. Bahkan, ketakutan hilang dari hati mereka. Mereka keluar dari penjara menjadi manusia yang istiqomah dan kukuh, laksana gunung-ganang karena di penjara mereka menghafal AI-Qur'anul Karim dan menimba ilmu. Dalam penjara, mereka berjaya
menundukkan syahwat dan mengenal watak asli manusia. Benar, penjara menjadi madrasah dan guru yang memberi lebih banyak kepada mereka, daripada yang diminta dari mereka.

Di antara orang yang keluar dari penjara ialah Ustadz Umar Tilmisani. Allah Ta 'ala
menyiapkannya memimpin Jamaah pada fasa menakhodai bahtera yang sedang mengarungi gempuran badai samudra dengan bijaksana, sabar, tenang, dan lembut disertai keteguhan iman dan semangat baja.

Pada zaman kepimpinan Syaikh Umar Tilmisani, dakwah berkembang pesat melebihi
masa-masa sebelumnya. Para pemuda yang ingin tahu kepada Islam, hingga semangat
keislaman menjadi warna dominan di berbagai kampus dan persatuan, bahkan di Mesir secara keseluruhannya. Beliau mampu menakhodai bahtera secara piawai, tangkas, dan profesional. Dan hasilnya, bahtera dapat melintasi berbagai-bagai perangkap dan gelombang bahaya, hingga akhirnya tiba di pantai yang aman.

Umar Tilmisani —rahimahullah- mengalami berbagai ujian dan menghabiskan sekitar dua puluh tahun umurnya di penjara. Beliau tabah dan sabar menghadapi penyiksaan dari penjaga penjara. Meskipun mendapat siksaan keras dan perlakuan kasar dari penjaga penjara, lisannya tidak pernah bosan berzikir kepada Allah Ta 'ala dan mengajak saudara-saudaranya bersabar dan istiqomah. Bahkan, lisannya tidak
pernah mengucapkan kata-kata keji kepada penjaga penjara dan orang-orang yang
menzaliminya. Beliau menyerahkan urusan mereka kepada Allah Ta 'ala kerana Dialah sebaikbaik pihak yang diserahi.

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ustadz Umar Tilmisani pulang ke rahmatullah pada hari Rabu, 13 Ramadhan 1406, bersamaan dengan 22 Mei 1986 di rumah sakit, karena menderita sakit, dalam usia hampir 82 tahun.

Syaikh Umar Tilmisani disholatkan di Masjid Jami' Umar Mukarram, Cairo, dengan dihadiri pelayat yang jumlahnya mendekati seperempat juta manusia. Bahkan ada yang
mengatakan setengah juta manusia dari penduduk Mesir dan utusan yang datang dari luar Mesir.

Alhamdulillah, Allah Ta'ala memberikan kesempatan padaku (penulis artikel ini-Red) untuk ikut melayat beliau bersama beberapa Ikhwan dari negara-negara Arab. Inilah biografi ringkas Ustadz Umar Tilmisani, Mursyidul Am Ketiga Ikhwanul Muslimin,

Semoga Allah Ta 'ala menerima dan memasukkannya ke dalam golongan hambahamba-Nya yang shalih, serta menyertakan kita bersama mereka di sisi-Nya.

QS An-Nisa 4 : 69. dan Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, Yaitu: Nabi-nabi, Para shiddiiqiin[314], orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.

[314] Ialah: orang-orang yang Amat teguh kepercayaannya kepada kebenaran rasul, dan Inilah orang-orang yang dianugerahi nikmat sebagaimana yang tersebut dalam surat Al Faatihah ayat 7.


MARAJI’

Risalah Tsulasa Edisi 1, 11 Rabiul Awwa 1426 H/20 April 2005 M, Terbitan Bahan Tarbiyah Online

sumber:http://ariefmu.multiply.com/journal/item/22/SYAIKH_UMAR_TILMISANI