Sunday, May 30, 2010

Ya Allah..kuatkanlah diriku..





Ya Allah..

andai dirinya adalah jodoh untukku..

pertemukanlah diriku dengannya..

pada waktu yang Engkau redhai kami..

andai dirinya adalah jodohku..

satukanlah kami dengan jalan yang Engkau redhai..

bukan dengan cinta yang bertuankan nafsu..

Ya ALLAH..

bimbinglah diriku..

jangan sampai diriku terjerat dalam umpanan syaitan..

tatkala ramai sahabat sibuk bercinta..

bantulah diriku..

agar diriku..

sangat mencintaimu Ya ALLAH..

agar diriku..

tetap dengan pendirianku..

kuatkanlah aku..

untuk sama2 membimbing sahabat ke jalan yang benar..

ku tidak sanggup membiarkan mereka...

berilah petunjuk pada mereka Ya Allah..

ku mohon...

mereka mengetahui perkara yang mereka buat adalah salah..

namun...

nafsu mereka mengatakan mereka adalah betul..

semoge mereka dan diriku kembali ke jalan yang benar...

Aminn....

Wednesday, May 26, 2010

Makanan Haram Gelapkan Hati

INTI pati Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan pemakanan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan Muslim untuk memilih makanan, sumber mendapatkan makanan, jenis makanan dan juga adab makan.

Makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman serba moden, kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja, tetapi lupa mencari makanan seimbang untuk pembentukan lahiriah dan rohaniah.

Bagaimana hubungan rohani dengan makanan dan juga kesihatan? Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu semula jadi dari hati, berhubung keperluan hidup iaitu jantung dan otak manusia.

Selaras dengan itu, ketiga-tiga unsur penting ini memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat terbaik untuk tubuh badan manusia.

Di sini jelas menunjukkan kepentingan makanan dan minuman yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan hati, jantung dan otak, organ penting di dalam jasad manusia dalam pembangunan jasmani dan rohani mengikut acuan berlandaskan lunas Islam.

Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi badan. Bahkan, Islam juga memandang hati mempunyai peranan besar di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati". (Hadis riwayat Bukhari)

Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia.

Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang.

Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.

Meskipun makanan itu baik, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya.

Batas yang baik itu sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bukan saja halal, tetapi juga baik seperti faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam agama.

Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: ?Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.?

Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita.

Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.

Perincikan di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya, perut terisi makanan haram dapat menjelmakan peribadi yang salih?

Pemakanan sihat dan seimbang mampu memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit memudaratkan. Pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang dan optimum dapat mengekalkan kesihatan jasmani.

Apabila tubuh kuat dan sihat, kita dapat melakukan pekerjaan atau rutin harian dengan sempurna sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

Daripada bab memilih makanan yang baik, Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian. Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya digariskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperibadian mulia dan beradab.

Walaupun makanan bukan punca kepada segala penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu menjaga pemakanan lebih baik daripada mengubat penyakit disebabkan daripada pemakanan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: ?Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan?.

Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang sesuai diamalkan dalam kehidupan di mana kita sering mengambil makanan mengikut nafsu dan bukannya makan mengikut keperluan.

Sebab itulah masyarakat selalu berhadapan masalah kesihatan berkaitan makanan seperti kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung. Pemakanan seimbang mengambil kira keperluan untuk tubuh, usia dan kegiatan harian.

Ibnu Sina di dalam Al Qanun Fi al-Tibb menyarankan kita mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut.

Berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman akan membawa kepada kesukaran penghadaman makanan oleh perut dan sistem ini akan ditimpa pelbagai penyakit.

Contohnya, kegemukan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti malas, tidak cergas dan tidak sempurna dalam pekerjaan. Kesannya lebih teruk jika penyakit itu melarat dan boleh membawa maut.

Namun perlu diingatkan, berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman juga akan membawa kepada berbelanja yang lebih dan menyebabkan kepapaan. Sikap boros bukan satu sikap yang dipuji dalam Islam, malah ia adalah sikap syaitan.

Pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh.

SUMBER:
http://donzaini-hpa.webs.com/apps/blog/entries/show/244313-makanan-haram-gelapkan-hati-

Monday, May 24, 2010

Kerinduan yang amat sangat pada usrati.....


RINDUNYER PADA ANAK2 SEDARA KU...
KALAU ORANG TANYA BRPE ANAK BUAH KAN..
JENUH OTAK NI NAK INGAT BALIK...
KENE KIRA..
HE2...
START DARI KAKAK YANG 1ST SAMPAILAH YANG BARU KAHWIN HARI2...
RINDUNYER..
NAK BALIK UMAH..
NAK JUMPA SUME ORANG...
HANYA ANA NGAN KAKAK ANA KAT SARAWAK JE YANG JAUH KAT NEGERI ORANG...
YANG LEN SUMER KAT SELANGOR..

X SABARNYER..
NAK HABIS EXAM..
NAK BALIK RUMAH...
NAK JUMPA SUMER ORANG...
APE KHABAR LA SUMER NYER YE..
MESTI ANAK2 BUAHKU SUMER DAH BESAR2 KAN...
YANG X PANDAI JALAN MESTI DAH PANDAI JALAN..
YANG X PANDAI CAKAP MESTI DAH PANDAI CAKAP KAN..
OWH...
SANGAT BERSABAR...
MENANTI SAAT KEPULANGANKU KE SELANGOR..

NI LAH ANTARA GAMBAR ANAK2 SEDARA ANA..
PALING BESAR PUN TINGKATAN 6...
HEHE..
MESTI ADE YANG X PERCAYA..
NAMUN ITULAH HAKIKATNYER...











Sunday, May 23, 2010

SELAMAT HARI LAHIR UNTUKMU....MOGA ALLAH MEMBERKATIMU YA AKHI....



Cuba teka siapakah insan di atas ni..???
Jangan kata kekasih ana sudah la..
Hmmm...
Dialah abang ana yang betul2 atas ana...
namanya Muhammad Saifullah....
belajar di UIA,KUANTAN....
kos..???...hmm,,,nursing...

pe tujuan post gmbr dia yer...??
owh...
21 mei hari 2 besday dia..
genaplah umurnya 21 tahun...
beza 2 tahun je dengan ana...
kiranya dia sebaya dengan sesiapa yang sem3 kat maktab la...
hm..
di sini..
ana ingin memohon maaf...
andai sepanjang diriku bergelar adikmu yang satu2 nya...
xde adik yang lain dah..
melainkan mu ambik adik angkat tu lain citer la...
hehe..
adikmu ini minta maaf banyak2...
adah tau banyak salah adah wat...
gaduh perkara biasa la time kecik2 dulu..
tapi dah besar pun ade gaduh gak kan..
tapi gaduh orang matured la....
haha..

ape pun...
dirimu tetap akhiku...(abang kandung)...hehe...
adah doakan kejayaan epul...
belajar rajin2....
moga berjaya menjadi nurse yang sangat caring....
hubungan adik beradik takkan putus....
moga kasih sayang dalam keluarga kita tetap akan terus subur..
moga kita menjadi anak yang soleh dan solehah untuk mak ayah kita yer...
doakan kejayaan adikmu ni juga...

syukran kerana menjadi sebahagian dalam hidupku...
ku bersyukur YA ALLAH..
ENGKAU mengurniakan ku dengan keluarga yang besar...
ku bahagia memiliki mereka...
moga kasih sayang yang terjalin terus berkekalan..
membentuk keluarga SAKINAH wa SA'ADAH...Aminnn...




Monday, May 3, 2010

Percutian di Kelantan

Assalamualaikum w.bt..
Cuti hari buruh yang lepas ana manfaatkan masa ana pergi berjalan-jalan di Kelantan..
Ana balik ke rumah classmate ana iaitu kak naimah...ana pergi ke Kelantan bersama-sama dengan 6 orang sahabat ana yang lain..
Kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas di hadapan Sekolah Kompleks Mengabang Telipot menuju ke Kuala Besut...di Kuala Besut kakak kepada Kak Naimah mengambil kami di hadapan sekolah Imtiyaz...
Seramai 7 orang naik ke dalam sebuah kereta..
huish..
ramai sangat deh...tapi nak wat camne x kan nak mintak kakak dia amik dua kali...jenuh la jauh...
dari Kuala Besut ke rumah Kak Na mengambil masa dalam lebih kurang 15 minit la...
Berikut beberapa buah gambar yang ana ingin kongsi bersama dengan rakan-rakan sekelian...



Saat menunggu bas untuk jalan-jalan di Kota Bharu..sekali mai klate,x leh lepas dari shopping barang2 kat kelantan...lagipun,barangnya murah...so,take this chance..don't let it..

Antara pemandangan-pemandangan yang indah di Pantai berdekatan dengan rumah Kak Na...






Ana sangat teruja tengok umah ni...dah la warna hijau...warna kegemaran ana... nanti kalau ana nak buat rumah kat kampung,nak buat rumah warna hijau la..hmm..comey2...


Keadaan di Bandar Kota Bharu.....



Gambar ni Parkson....comel kan bear tergantung ni...



Indahnya ciptaan Allah....Subhanallah....




Bunga sesat...huhu....


Sekitar pemandangan di KB...


Pantai yang indah.....


Kenangan melukis atas pasir di tepi pantai...
Pandainyer kak una melukis....


Antara hidupan laut yang menjadi mangsa kamera kami...hhe....




Cantiknyer...subhanallah...


Lihatlah keindahan pantai di Bachok,Kelantan ni..indah dan permai



Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain pasir..hehe..xtau demo ni wat pe sebenarnya..tapi ni lah permainan mereka agaknya di Kelantan hari2...klo suasana di Selangor dan Kuala Lumpur lain.....


haha...comel x siput ni...?????

Hepi nyer tengok kanak-kanak ni bermain....


Comel x obor-obor ni..??hehe..first time tengok


Laut yang tenang...


Zu...sempat yer melukis...zu memang semangat cintakan Islam dia tinggi...
Ana bangga mempunyai sahabat sepertinya...


Kenangan terindah kami bertujuh di sini....
Nur
Sa'adah
Kak Na
Kak Una
Aini
Kak Liza
Zulaikha









Board


Sempat jugak tangkap gambar board ni...dalam perjalanan nak pi pantai belakang rumah kak naimah jer...

Sekian sahaja post ana untuk kali ni...
moga dapat berpeluang lagi untuk pergi ke negeri Tok Guru..
banyak lagi tempat menarik yang belum ku explore dan jelajah...
sayang rasanyer saat kaki melangkah meninggalkan bumi Kelantan...