Monday, April 19, 2010

FACEQURAN vs FACEBOOK


VS


Manakah yang akan menjadi pilihan anda sokmo...???????

FACEBOOK atau FACEQURAN...???????

Tepuk dada...tanya IMAN...


Agak-agak apa jawapan anda..???

Berapa kerap kalikah anda facequran..???

dan berapa kerap kalikah anda ber facebook..???

cuba anda tanya diri anda...

jawab sendiri tau...

jujur yer...

agak-agak mana lagi banyak..????

facebook ke facequran..??????

ana tak kan dapat tahu apa yang ada dalam diri anda...

tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI...

sama-sama lah hitung diri kita....

LET'S GO.............

Muhasabah DirI...

Yang mana rasa dirinya dah okey,tambahkanlah amalan lagi..agar ALLAH akan sayang sokmo pada anda...

Yang mana rasa dirinya belum cukup okey...perbaikilah lagi ye..masih ada peluang..don't worry be happy....

Yang mana rasa dirinya tak tau dirinya dah okey ke belum...tu ana tak tau la nak jawab camne..maybe kene jumpa kaunselor bertauliah kot...baru leh kenal diri camne..

tapi nak tanya..

apa yang dah okey..????

hehe....


jawapannya....!!!!!!

IMAN anda...

Semoga ALLAH menetapkan iman kita agar bertambah cinta kita kepadaNYA...

AMEEn...



















































I'm In LoVe

Assalamualaikum....kepada sahabat-sahabat sekalian yang ana sayangi...marilah kita sama-sama mengisi ruang nikmat masa yang Allah kurniakan dengan hadirkan hati anda bukan setakat jasad anda sahaja ke DEWAN UNGKU UMAR pada 21 April 2010 pada jam 9.00-10.15 malam...untuk santapan indah rohani...rebutlah peluang ini sementara kita masih berpijak di bumi Allah ini...

Isilah masa anda dengan motivasi iman dan jiwa...hati ini perlu diisi dengan kelazatan santapan rohani agar sentiasa bercambah dengan butir-butir keimanan...moga ianya merupakan satu usaha untuk taqarrub billah....

BERSAMA MEREALISASIKAN IPG ZIKIR...Aminnn....



Sunday, April 18, 2010

Sahabat sejati


-->
Assalamualaikum…sudah lama rasenye ana x pos entry baru…start daripada minggu yang kene hantar 3 esaimen,pastu busy pulak MQA nak datang mengaudit PPISMP..uish..x tau la…alhamdulillah segalanya sudah berlalu..syukur kepada Allah..tapi ader lagi beberapa esaimen yang baru dapat dan nak dihantar dalam masa yang terdekat..ana akan struggle untuk yang ni pulak..lagipun exam dah nak dekat…nanti xde mse pulak nak study…tu lah..kat kelas sokmo ngantuk..stay up wat esaimen…hehe..cmne lah nak fokus dalam kelas....

Inilah gambar budak-budak kelas ana..PPISMP PA/BI/BA 1….hehe..sory ye panggil budak..Ketua unit,Fahmi dan Penolong ket.unit..Oya dan sahabat-sahabat sekelas ana….faiz,piji,zul,pi’ie,kimi,kak liza, adah,zu,wajih,piqa,mok ti, nad, muna, kak jah, yana(ibu),mira,kak na,kak mas,ida…..sayang kamu semua…ini lah bakal ustaz and ustazah pada masa hadapan..kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murabbi yang mendapat rahmat ALLAH…mge ukhuwah sahabat-sahabat dalam kelas ana ini akan kekal buat selama-lamanya..dan moga ianya terjalin kerana ALLAH s.w.t...
Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seorang sahabat terhadap sahabatnya yang lain dalam kalungan doanya..moga ianya kan mekar terus di hati dan mge ianya menjadi syafaat terukir indah di pintu jannah kelak....amin…
“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.
Kepada sahabat-sahabat di luar sana,ini sahajalah yang mampu ana sampaikan kepada antum semua..ana sangat mengharapkan ukhuwah yang di bina atas dasar cinta kepada Allah ini akan kekal untuk selamanya…
Semoga kita semua termasuk dalam mereka yang diberi petunjuk yang lurus oleh Allah s.w.t…Ameen….