Wednesday, February 24, 2010

10 Fitrah manusia cantik

10 Fitrah manusia cantik

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.

Tolong beritahu si dia...

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya…

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakana pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakana pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia…

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia…

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa yang memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya…

Simpanlah pesananku ini sehingga Engkau bertemu dirinya suatu hari nanti…

10 Orang Islam Yang Kejam...

10 Orang Islam Yang Kejam

Sufyan Athsauri berkata: 10 jenis kekejaman ialah

*Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum Mukmin.

*Seorang yang pandai membaca ayat Al-Quran tetapi tiap-tiap hari tidak membaca 100 ayat.

*Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat(Tahyatul Masjid).

*Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

*Seorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang berjemaah.

*Seorang yang di daerahnya didatangi oleh orang alim,tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

*Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

*Seorang yang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

*Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

*Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar tetapi tidak beri daripada makanannya itu.

Untuk Teman....

MISTERI CINTA

Sekiranya kamu dapati dirimi menyintai seseorang yang tak membalas cintamu,janganlah merasa tersisih,

Tiada salahnya menyintai seseorang,

Kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai,

Anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tapi,

Kembalikan penghormatan tu dengan cara yang ikhlas dan jujur.

Jangan ambik kesempatan & janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta,begitulah jua kamu mengurus dirimu.

Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun

cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba2 cinta memilih untuk pergi,tiada siapa yang harus dipersalahkan…..relakanlah cinta itu untuk pergi.

Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi &

Kita akan menyedari apabila masa bersilih ganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta,

Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa,

Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri

di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia…

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.

Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hatimu…”

Cinta Allah dan Rasul cinta ibubapa

3 Ciri orang-orang munafik

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik minimal ada satu ciri, sedangkan munafik tulen memiliki ketiga-tiganya. Ketiga ciri tersebut adalah

  1. Bila berbicara selalu bohong.
    Orang seperti ini tidak bisa dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Bisa jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya.
  2. Bila berjanji, tidak ditepati
    Orang munafik sulit untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya
  3. Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.
    Orang munafik sulit diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dia jaga dengan baik.

Semoga Allah SWT senantiasa melindungi kita dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik